KUALA LUMPUR: Kesemua 317 kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara akan diberikan keutamaan dalam mewujudkan kesalinghubungan rangkaian 4G dalam masa terdekat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia antara usaha yang dilakukan kerajaan supaya konsep pendemokrasian kesalinghubungan atau hak asasi manusia untuk mendapatkan kesalinghubungan dapat dilaksanakan di negara ini.
"Semalam saya ada perbincangan dengan rombongan pengurusan Felda yang diketuai pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh dan kita capai kata sepakat itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata meningkatkan kesalinghubungan jalur lebar di seluruh negara termasuk kawasan pedalaman dan kampung Orang Asli antara kriteria program Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi menjayakan penghayatan konsep Keluarga Malaysia.
Beliau berkata menghubungkan segenap tempat melalui kesalinghubungan jalur lebar akan mengukuhkan institusi Keluarga Malaysia.
Annuar berkata setiap program kementerian boleh diperkenalkan dan ditampilkan dengan lebih berkesan apabila projek fizikal dikaitkan dengan makna dan falsafah pembinaan sebuah negara bangsa.
Menurut buku kecil "Keluarga Malaysia", setiap kementerian dan agensi berkaitan perlu mengusul dan mencadangkan kriteria program masing-masing mengikut kesesuaian dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri.
Justeru, bagi memastikan prestasi menyeluruh konsep Keluarga Malaysia, Keberhasilan Kebahagiaan (KHO) perlu disertakan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kod skor pihak yang berkepentingan.
Menyentuh mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk dicapai oleh KKMM dalam tempoh 100 hari pertama, Annuar berkata menghidupkan dan menceriakan semula industri kreatif negara antara agenda kementerian berkenaan.
Beliau berkata garis panduan mengenai langkah-langkah untuk memperhebatkan industri kreatif negara sebagai salah satu daripada cabang untuk menambah pendapatan sekali gus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Selain itu, pelaksanaan khidmat jalur lebar, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan penghayatan ekonomi digital antara agenda utama KKMM dalam 100 hari.
Beliau berkata kerajaan juga akan memulakan program Pakej Remaja Keluarga Malaysia untuk membantu golongan remaja memperoleh akses internet dan peranti pintar mampu milik dalam beberapa hari lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Annuar berkata menghubungkan segenap tempat melalui kesalinghubungan jalur lebar akan mengukuhkan institusi Keluarga Malaysia. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.