KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad (Celcom) bersama ZTE Corporation (ZTE) terus menerajui usaha penyediaan pengalaman 4G yang lancar di Sabah dan Sarawak dengan mengoptimumkan 100 tapak rangkaian di Sabah dan Sarawak dengan penggunaan teknologi L900 bermula November 2021 sebagai persediaan bagi penamatan rangkaian 3G menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi berkata, bagi merapatkan jurang digital melalui pengalaman internet yang lebih baik di kawasan pedalaman yang sukar dicapai, penggunaan L900 dikenalpasti dapat menyelesaikan penambahbaikan 4G dengan segera, dan menyediakan kesalinghubungan yang lancar untuk pengguna.
"Kami komited untuk menyediakan pengalaman rangkaian yang berkualiti dan konsisten bagi pelanggan, lebih-lebih lagi ketika negara dan industri bersedia ke arah penamatan perkhidmatan 3G pada hujung tahun ini.
"Rakan teknologi yang berpengalaman dan dan berkemahiran seperti ZTE akan memacu usaha kami dengan lebih pantas, bagi memenuhi aspirasi kami dalam menyokong cita-cita kerajaan melalui JENDELA serta menyediakan kesalinghubungan yang konsisten dan inklusif bagi seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Pada April 2021, Celcom dan ZTE telah menggabungkan kepakaran teknologi dan kemahiran dalam melaksanakan inisiatif penaiktarafan 4G LTE bagi 70 tapak di Sabah dan Sarawak, melalui penggunaan lebar jalur L1800.
Menurut beliau, aktiviti penambahbaikan rangkaian ini turut membantu mempertingkat kesalinghubungan bagi sekolah-sekolah di kawasan tersebut seperti Sekolah Kebangsaan Kukuro (22km dari Beaufort), Sekolah Kebangsaan Rancangan Klias (16km dari Beaufort), Sekolah Kebangsaan Nanamun (24km dari pekan Kota Belud), dan Sekolah Kebangsaan Samparita (26km ke Kota Marudu)
"Inisiatif penambahbaikan ini telah menyelesaikan isu peningkatan trafik data dengan segera dan mempertingkat kualiti liputan di kawasan terlibat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan ZTE di Malaysia, Steven Ge berkata, pihaknya akan terus menyokong cita-cita Celcom dalam menghubungkan pelanggan melalui rangkaian berkualiti tinggi, melalui kerjasama pemantauan optimisasi rangkaian, prestasi rangkaian, dan pengalaman pelanggan selepas penamatan era 3G, bagi menyediakan pengalaman optimum kepada pelanggan.
"Kami bangga kerana dapat memainkan peranan dalam modernisasi rangkaian 4G Malaysia melalui Celcom," katanya.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Wed Oct 27 2021

Celcom dan ZTE telah menggabungkan kepakaran teknologi dan kemahiran dalam melaksanakan inisiatif penaiktarafan 4G LTE bagi 70 tapak di Sabah dan Sarawak. - Foto DagangNews.com

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Cadangan penggabungan Celcom-Digi diterima secara rasmi oleh MCMC
Cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) telah diterima secara rasmi dan kini menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Telco sedia pelbagai insentif kepada calon SPM, STPM, B40 - MCMC
Pelajar daripada keluarga golongan B40 juga boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma.

Penggunaan internet tanpa had dengan Celcom Xpax!
Adaptasi normal baharu dalam kehidupan seharian ketika ini memerlukan kita betul-betul menguruskan penggunaan digital dan internet sebaiknya.

Harga jatuh, dagangan saham Axiata digantung Bursa Malaysia
Ia susulan pengumuman pembatalan penggabungan syarikat itu dengan syarikat induk Digi, Telenor ASA.

Celcom, DiGi bergabung jadi syarikat telekom terbesar Malaysia
Gabungan ini akan memberikan impak besar terhadap pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk kedua-dua syarikat berkenaan.

Memo penutupan pusat internet ditulis tanpa pengetahuan Celcom
Menurut Celcom dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat telekomunikasi itu akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor berkenaan.

SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup
Suruhanjaya itu menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengendali utama pusat internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai.

Robert Nason dilantik CEO sementara Maxis berkuat kuasa 1 April 2018
Maxis hari ini mengumumkan Robert Nason sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara (CEO) berkuatkuasa 1 April 2018.

Celcom turnaround pushes Axiata financials up for 2017
Axiata's profit after tax (PAT) jumped by 76.9% to hit RM1.2 billion compared to RM657 million in FY16

10 perkara anda perlu tahu tentang sayakenahack.com
Laman itu mula popular pada awal Khamis setelah dilaporkan menerusi media arus perdana dan disekat oleh SKMM pada hari yang sama.