KUALA LUMPUR:Isi rumah kumpulan B40, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menikmati kemudahan Internet dengan pelbagai inisiatif yang disediakan beberapa syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menurut kenyataan MCMC, inisiatif yang akan dilaksanakan lima telco iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM) pada suku pertama tahun depan itu merangkumi pelaksanaan Pakej Data Khas kepada calon-calon SPM dan STPM hingga tamat peperiksaan pada ak-hir April 2021.
"Di bawah Pakej Data Khas ini, lima telco ini akan menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB (gigabait) bagi tempoh 30 hari bermula 6 Jan 2021," demikian menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, program Learning From Home (LFH) yang dilaksanakan syarikat YTL juga telah dilanjutkan hingga peperiksaan SPM dan STPM berakhir.
"Selain itu, telco iaitu Celcom, Digi, Maxis, TM dan YTL akan melanjutkan kelas dalam talian secara percuma iaitu Celcom bagi program Tuisyen Rakyat, Digi bagi program Jom Tuisyen, Maxis bagi program e-Kelas, TM bagi program I-Learn Ace manakala YTL bagi program LFH iaitu kad sim percuma dengan data sebanyak 40GB, kandungan dan telefon percuma untuk pelajar daripada keluarga B40," kata MCMC.
Pelajar daripada keluarga golongan B40 juga boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma.
Inisiatif ini turut merangkumi pemberian capaian Wi-fi percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara hingga akhir April 2021 yang akan dilaksanakan Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan TIME.
Selain itu, waktu operasi Pusat Internet Komuniti kini dilanjutkan dari 9 pagi hingga 9 malam bagi memberikan peluang kepada calon SPM dan STPM serta pelajar daripada golongan B40 memanfaatkan kemudahan untuk sesi pembelajaran dan urusan seharian mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020

Inisiatif ini turut merangkumi pemberian capaian Wi-fi percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara hingga akhir April 2021 yang akan dilaksanakan Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan TIME. - Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Mencari golongan ‘miskin’ dan ‘kelas pertengahan’ di Malaysia
Kerajaan telah lama memberi tumpuan kepada pembentukan kelas pertengahan yang kukuh kerana peranannya yang penting dalam memacu pembangunan ekonomi.

ASEAN tingkatkan bantuan kemanusiaan di Laos dan Myanmar susulan Taufan Yagi
ASEAN menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai US$12,800 dalam bentuk kit perlindungan dan pembaikan bagi menyokong komuniti yang terjejas akibat Taufan Yagi dan banjir di Laos.

PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.

Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Kerajaan perlu yakinkan isi rumah turunkan kos sara hidup
Kerajaan harus maklumkan pelbagai usaha telah diambil untuk tingkatkan pendapatan dan turunkan kos sara hidup rakyat.

FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.

Kurang kemudahan infrastruktur cabaran basmi kemiskinan - Prof Suhaiza Zailani
Suhaiza berpendapat, pembangunan infrastruktur yang lengkap mampu menjadi pemangkin kemajuan, terutama di luar bandar.

BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Jabatan Perangkaan lancar Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022
Survei itu mampu membantu kerajaan terutamanya dalam menganalisis agihan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah mengikut domain lebih terperinci.

Golongan B40 di Sarawak dipelawa memohon SRAS
SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak.