Celcom Axiata Berhad (Celcom) menjelaskan apa-apa perkara yang timbul daripada memo mengenai penutupan pusat internet adalah tidak benar kerana ditulis tanpa pengetahuan atau kebenaran syarikat telekomunikasi berkenaan.
Menurut Celcom dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat telekomunikasi itu akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor berkenaan.
"Celcom tegas dalam komitmen untuk menyokong aspirasi kerajaan dalam melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NCFP) dan menyokong pusat internet di seluruh negara," katanya dalam kenyataan itu.
Pada Ahad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan Nusuara Technologies Sdn Bhd yang memberi gambaran bahawa pusat internet di seluruh negara akan ditutup.
Suruhanjaya itu dalam kenyataannya, menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengendali utama pusat Internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai.
Menurut Celcom, syarikat telah menjadi penyumbang utama pembangunan infrastruktur telekomunikasi negara selama 31 tahun dan akan terus bekerjasama dengan inisiatif digital kerajaan untuk negara.
"Celcom menekankan komitmen berterusan dalam memberikan peluang yang sama kepada perkhidmatan digital untuk komuniti yang kurang mendapat perhatian terutamanya melalui pusat internet, sejajar dengan aspirasi SKMM," menurut kenyataan itu.
Celcom kini mengendalikan 175 pusat internet di seluruh negara dengan tumpuan kepada komuniti di kawasan luar bandar dan miskin bandar yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta edagang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2019

Pada Ahad, SKMM menafikan dakwaan Nusuara Technologies Sdn Bhd yang memberi gambaran bahawa pusat internet di seluruh negara akan ditutup. - Gambar hiasan

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Cadangan penggabungan Celcom-Digi diterima secara rasmi oleh MCMC
Cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) telah diterima secara rasmi dan kini menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Telco sedia pelbagai insentif kepada calon SPM, STPM, B40 - MCMC
Pelajar daripada keluarga golongan B40 juga boleh memohon untuk mendapatkan telefon bimbit secara percuma.

Penggunaan internet tanpa had dengan Celcom Xpax!
Adaptasi normal baharu dalam kehidupan seharian ketika ini memerlukan kita betul-betul menguruskan penggunaan digital dan internet sebaiknya.

Harga jatuh, dagangan saham Axiata digantung Bursa Malaysia
Ia susulan pengumuman pembatalan penggabungan syarikat itu dengan syarikat induk Digi, Telenor ASA.

Celcom, DiGi bergabung jadi syarikat telekom terbesar Malaysia
Gabungan ini akan memberikan impak besar terhadap pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk kedua-dua syarikat berkenaan.

Memo penutupan pusat internet ditulis tanpa pengetahuan Celcom
Menurut Celcom dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat telekomunikasi itu akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor berkenaan.

SKMM nafi dakwaan pusat internet akan ditutup
Suruhanjaya itu menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengendali utama pusat internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai.

Robert Nason dilantik CEO sementara Maxis berkuat kuasa 1 April 2018
Maxis hari ini mengumumkan Robert Nason sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara (CEO) berkuatkuasa 1 April 2018.

Celcom turnaround pushes Axiata financials up for 2017
Axiata's profit after tax (PAT) jumped by 76.9% to hit RM1.2 billion compared to RM657 million in FY16

10 perkara anda perlu tahu tentang sayakenahack.com
Laman itu mula popular pada awal Khamis setelah dilaporkan menerusi media arus perdana dan disekat oleh SKMM pada hari yang sama.