PUTRAJAYA: Negara akan mencapai puncak kejayaan hakiki sekiranya terus berpegang kepada syariat Islam dan nilai-nilai murni serta akhlak tinggi Nabi Muhammad SAW dalam tadbir urus negara.
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selain tadbir urus, sebuah negara membangun dan berjaya juga perlu diisi dengan sifat-sifat kemuliaan manusia.
"Lantaran itu, pada pagi yang penuh bermakna ini, beta menyeru agar kita untuk terus berpegang kepada tuntutan Allah SWT dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
"Dengan yang demikian, kita akan membangunkan sebuah negara yang bertamadun dan berjaya, harmoni serta sejahtera dengan rakyat yang menjiwai sifat-sifat 'karamatul insan' (kemuliaan manusia).
"Beta optimis bahawa negara kita akan mencapai puncak kejayaan hakiki apabila syariat Islam dan nilai-nilai murni serta ketinggian akhlak yang dibawa oleh Rasulullah SAW menjadi pegangan tadbir urus negara," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Khamis.
Turut berkenan hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama dalam majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Titah Al-Sultan Abdullah lagi, Maqasid Syariah juga perlu menjadi kerangka asas dalam menyampaikan perkhidmatan agar kemaslahatan rakyat terpelihara.
"Rasulullah SAW hadir sebagai pembawa rahmat ke sekalian alam. Orang-orang yang mendapat rahmat tersevut adalah mereka yang mengikuti jejak baginda dalam keimanannya, tata kelakuannya dan akhlaknya.
"Sedalam mana cinta kepada Allah SWT, boleh diukur melalui sejauh mana kita mengikuti ajaran Rasulullah SAW.
"Sesungguhnya, ketaatan dan kecintaan kepada Allah SWT serta Rasulullah SAW ialah kunci syurga kepada setiap umat Islam," titah baginda lagi.
Fareez Azman
Thu Sep 28 2023

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. - Gambar/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ahmad Zahid hadiri Malam Kluang Berselawat
Program yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin lepas, dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.

Umat Islam wajar terus jadikan Rasulullah sebagai 'Uswatun Hasanah' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai 'Uswatun Hasanah'.

Pihak berterusan manipulasi isu agama, perkauman tidak bertanggungjawab - Mohd Na'im
Katanya, perbuatan seumpama itu akan menyebabkan rakyat jadi mangsa keadaan kerana dihidangkan dengan berita yang memecahbelahkan silaturahim.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.

71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.

Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.

Tengku Mahkota Kelantan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Tengku Muhammad Fakhry berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ilmuwan Islam kepada Felo Akademik USIM Prof Emeritus Dr Abdul Samat Musa.

Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.

Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.