Ia turut menyaksikan beberapa jalan utama sekitar bandar raya ini ditutup bagi memberi laluan kepada kontinjen yang berarak dari padang Majlis Bandaraya Seremban ke Masjid Negeri.
Perarakan melibatkan beberapa batang jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.
Kontinjen yang terdiri daripada lebih 4,000 peserta akan berarak sejauh 2.1km, yang mengambil masa sekitar 27 minit.
Juara pertandingan perarakan akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib juara RM2,000 manakala tempat ketiga RM1,000.
Majlis sambutan turut diserikan dengan persembahan qasidah daripada Kumpulan Ar Rayyan dan Ahbabusham yang mengalunkan Selawat Mahalul Qiyam.
Sambutan akan disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis pagi ini.
Turut dijangka hadir, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, Mufti Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin dan tetamu kehormat lain.
Sementara itu, orang ramai dijemput hadir untuk turut serta memeriahkan majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul pagi ini.