KANGAR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melahirkan lebih 60,000 usahawan yang mencipta 68,000 peluang pekerjaan setakat ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman berkata agensi itu menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan seperti pembiayaan premis perniagaan.
"Melalui inisiatif pembangunan yang dilaksanakan MARA kepada usahawan khususnya wanita telah berjaya memperkasakan komuniti usahawan wanita serta meneroka pasaran domestik dan mampu membawa produk ke peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan sempena majlis penutup program Women In Search of Excellence (WISE) di sini.
Majlis penutup itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Dalam pada itu Zulfikri berkata program WISE bertemakan 'Memperkasa Wanita Dalam Perniagaan' itu merupakan usahasama bersama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) sebagai antara agenda pemerkasaan usahawan wanita yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Beliau berkata 3,222 usahawan Perlis direkod mencatatkan hasil jualan kasar mencecah RM273.6 juta pada tahun lepas serta memberikan peluang pekerjaan kepada 1,950 orang di negeri itu.
"Setiap tahun semua usahawan di Perlis ada peningkatan pendapatan kerana kita telah beri pelbagai inisiatif antaranya dengan menyediakan 342 lot perniagaan untuk disewa dengan harga sangat kompetitif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024
Majlis penutup program Women In Search of Excellence disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Kangar, semalam. - Foto Facebook MARA
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat ke 503 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan perlu tarik diri labur dalam GIP - Wan Ahmad Fayhsal
Kerajaan perlu tarik diri daripada melabur dalam GIP kerana tidak beri sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [03 Julai 2024]
fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Langkah rasionalisasi subsidi diesel berjaya bendung aktiviti penyeludupan:
- Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
- Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
- Langkah rasionalisasi subsidi diesel berjaya bendung aktiviti penyeludupan:
- Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
- Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian
Jenama kereta China dijangka akan menguasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 dan pada masa itu, mereka akan menjual sembilan juta kenderaan setahun di luar China.
Cabaran dalam menggubal ‘Lemon Law’ antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Program TVET MARA terus cemerlang lahirkan modal insan berkemahiran tinggi
IPMA melahirkan 28,919 graduan pelbagai bidang teknikal dan profesional, dengan kadar kebolehpasaran mencapai 94.34 peratus tahun lepas.
Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap kualiti pengucapan awam pelajar
Debat MRSM Se-Malaysia kembali lagi tahun ini dengan tema 'Debat Epitome Minda Madani' melibatkan kesemua 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi merebut Piala Timbalan Perdana Menteri.
MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan
MARA menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan.
SPM 2023: 1,100 calon MRSM peroleh semua A - MARA
Seramai 1,100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan itu berbanding 1,006 calon pada tahun sebelumnya.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
MARA rancang perluas TVET Tahfiz dengan perbanyakkan kursus jangka pendek
GiatMara dalam hala tuju sehingga 2030 akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz yang dijalankan bawah konsep GVTH.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.