JASIN: Lebih 150 usahawan tempatan dan luar Melaka akan memeriahkan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@D'Bendang bersempena dengan penganjuran Festival D'Bendang 2024 pada 9 hingga 11 Ogos depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Aziz berkata program selama tiga hari berlangsung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai itu turut disertai usahawan dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan FELCRA Berhad.
"Mini KUD@D' Bendang merupakan antara kelainan yang dibawa pada penganjuran tahun ini bagi memeriahkan lagi festival selain terdapat gerai berkonsepkan kafe dan karavan akan menjadi tarikan kepada pengunjung.
"Antara jualan ialah makanan, kraftangan, produk industri kecil dan sederhana (IKS). Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada usahawan mempromosi dan mengembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak program di Kampung Parit Penghulu Benteng di sini pada Jumaat.
Menurut Siti Faizah, bersempena dengan penganjuran kali kedua Festival D'Bendang itu, sebanyak 39 acara akan dijalankan termasuk sukan tradisional seperti basikal titi, tarik tali bendang, pukul bantal, tangkap itik, gagau ikan, liga futsal dan bola jaring, pertandingan memasak dan larian ria.
Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan merasmikan program berkenaan pada 11 Ogos, yang berkonsepkan ekopelancongan dan agropelancongan dalam usaha memperkenalkan Sungai Rambai kepada pelancong luar.
Katanya, sekiranya program dianjurkan itu berjaya, pihaknya berharap KKDW menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dapat menyokong penganjuran Festival D'Bendang Sungai Rambai sebagai acara tahunan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Sebanyak 39 acara akan dijalankan termasuk sukan tradisional seperti basikal titi, tarik tali bendang, pukul bantal, tangkap itik, gagau ikan, liga futsal dan bola jaring, pertandingan memasak dan larian ria. - Foto Facebook/Festival D'Bendang Melaka
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
UTEM komited lahirkan 300,000 pakar bidang AI, keselamatan siber menjelang 2030
FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026 dan pengambilan dijadualkan Oktober 2025.
Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong
Tiong berkata, beberapa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
GM Klang sasar enam juta pengunjung sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Pelbagai kempen termasuk menerusi media sosial telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan ini bagi menarik lebih banyak pelancong.
ITC perkasa konsep pelancongan mesra Muslim, didampingi pemain industri antarabangsa
Ia seiring dengan keterbukaan pelancong terhadap konsep mesra Muslim termasuk dari negara bukan Islam seperti Korea, China, Jepun dan Eropah.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Projek kereta api ringan Gunung Fuji dijangka angkut 3 juta pendaki setahun
Wilayah Yamanashi cadangkan laluan dua landasan yang akan mengoperasikan kereta api dua gerabak setiap 6 minit selama 10 jam sehari.
Melaka pertingkat kualiti infrastruktur pelancongan menjelang WTD, WTC 2025
Melaka akan mempertingkatkan kualiti semua infrastruktur pelancongan di negeri berkenaan menjelang penganjuran WTD dan WTC, pada September 2025.