BEIJING: Malaysia sedia untuk bekerjasama rapat dengan China untuk menggalakkan pertukaran sesama rakyat sempena sambutan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun hadapan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Beliau berkata Malaysia amat menghargai hubungannya dengan China dan kedua-dua negara telah membina hubungan yang penting dan kukuh yang menghampiri lima dekad.
"Kami mahu melihat hubungan antara Malaysia dan China bertambah kukuh lagi kerana kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-1 0 Perkongsian Strategik Komprehensif tahun ini," katanya.
Johari berkata demikian semasa satu pertemuan dua hala dengan Pengerusi Sidang Perundingan Politik Rakyat Republik Rakyat China (CPPCC) Wang Huning, di Dewan Besar Rakyat di sini hari ini.
Selain daripada Wang, Johari juga mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Republik Rakyat China Zhao Leji.
Pertemuan beliau dengan kedua-dua pemimpin merupakan agenda utama lawatan rasminya ke republik ini, bermula dari 23 Sept atas undangan Zhao berikutan pertemuan dua hala mereka di Parlimen Malaysia pada 18 Mei lepas.
Johari berkata lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada 17 Sept lepas telah mencetuskan daya pendorong baharu untuk lebih banyak lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata pertukaran antara Parlimen Malaysia dan Kongres Rakyat Kebangsaan merupakan unsur penting bagi menggalakkan lebih persefahaman antara kedua-dua badan perundangan.
"Kami gembira dengan hasil lawatan rasmi Zhao ke Malaysia pada Mei 2023 dan pertemuan kami telah menyediakan daya pendorong baharu untuk meningkatkan pertukaran antara Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua negara.
Dengan kedua-dua parlimen di Malaysia dan China telah mewujudkan Kumpulan Persahabatan masing-masing untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala kami di peringkat Ahli-Ahli Parlimen, menjadi hasrat murni kami lebih banyak lagi pertukaran antara Ahli-Ahli Parlimen akan dimudah cara," kata Johari.
Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Speaker Alice Lau Kiong Yeng; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia M. Kulasegaran, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Datuk Awang Hashim dan Ahli Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia - Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) Chiew Choon Man.
Selepas pertemuan itu, Johari yang ditemani isteri Puan Sri Noraini Mohd dan delegasi menghadiri bankuet selamat datang yang dihoskan Zhao di dewan besar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Johari berkata Malaysia amat menghargai hubungannya dengan China dan kedua-dua negara telah membina hubungan yang penting dan kukuh yang menghampiri lima dekad. - Gambar fail/BERNAMA
GPM dokong komitmen tinggi kerajaan bela rakyat Palestin, mangsa genosid
Usaha ini harus didokong kuat oleh semua rakyat Malaysia khususnya aktivis NGO kerana Malaysia dilihat seolah-olah bersendirian di rantau ini.
Faisal Halim akui prestasi positif, namun perlu masa capai tahap maksimum
Faisal Halim berkata bahawa aksi 45 minit yang ditampilkan pada babak pertama perlawanan semalam bukanlah persembahan terbaiknya.
AWANI Pagi: Pendidikan untuk ubah nasib pelarian
Pendidikan berkualiti menjadi tunjang kepada golongan pelarian untuk membina masa depan lebih cerah, mengatasi trauma, dan menyumbang kepada masyarakat. Ikuti temuramah Nur Fareezah Bahar, Pengarah Pengurusan & Pembangunan Pelarian Global Peace Mission (GPM) dan Aghid Hesham Zriek, Pelajar Pusat Pendidikan Jasmine Ash-Sham berhubung fungsi Pendidikan untuk ubah nasib pelarian ini.
Negara perlu lebih ramai tokoh 'influencer' berilmu - Zulkifli
Bekas Presiden ABIM Prof Datuk Siddiq Fadzil pernah berkata, negara mengalami satu fenomena kebanjiran selebriti dan kemarau tokoh.
Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa
Di pusat KOSIS, petugas akan menerima sisa pepejal itu dan menimbangnya bagi menentukan jumlah yang perlu dibayar.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang
Pertunjukan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna di dalam Stadium Sarawak malam ini memukau kira-kira 40,000 hadirin yang menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Peserta dari 25 negara sertai Rimba Raid Lenggong 2024
Acara melibatkan trek sejauh 300km, melalui hutan berusia 130 juta tahun, jalan balak dan berbatu serta merentas sungai, bukit dan gunung.
Bursa Malaysia dijangka bergerak antara 1,610-1,632
Penganalisis menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,610 hingga 1,632 minggu depan, dengan momentum menuju paras rintangan 1,632 jika melepasi paras sokongan.
Ringgit dijangka kekal antara 4.43-4.45 berbanding dolar Amerika
Ringgit dijangka stabil dalam julat 4.43 hingga 4.45 berbanding dolar AS minggu depan, dengan tumpuan kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell.
Platform X umum tutup operasi di Brazil
Platform media X mengumumkan pada Sabtu akan menutup operasinya di Brazil berkuatkuasa serta-merta susulan perintah penapisan oleh hakim Brazil Alexandre de Moraes.
Anwar tempelak pihak cerca usaha kerajaan bawa pulang 41 rakyat Palestin cedera
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang mencerca usaha murni kerajaan membawa pulang 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, semalam.
Putera Mahkota Brunei tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 21 Ogos.
Putera Mahkota Brunei adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 17 hingga 21 Ogos.
Malaysia tiada hasrat bina hospital medan di Palestin, risiko tinggi diserang Israel
Malaysia tidak berhasrat untuk membina hospital medan di Palestin kerana ia akan mendedahkan petugas dan pesakit kepada ancaman termasuk diserang Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Ahli ekonomi yakin pertumbuhan KDNK sekitar 5.8 peratus pada suku kedua 2024
Kalangan ahli ekonomi yakin KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 akan berkembang pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.
Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva
Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) 2024 di Geneva, Switzerland.
Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI
Malaysia akan kekal sebagai destinasi utama bagi pelaburan syarikat minyak nasional Thailand, PTT Exploration and Production (PTTEP), dalam jangka masa pendek dan panjang.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Malaysia perlu peroleh, bangunkan teknologi secara strategik untuk jadi negara maju
Malaysia perlu bertindak secara strategik untuk memperoleh dan membangunkan teknologi sendiri ke arah menjadi negara maju, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).