Kaedah fogging atau semburan asap yang biasa digunakan bagi kawalan dan pencegahan denggi, dilihat kurang efektif untuk mengawal malaria.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr Malina Osman, sifat nyamuk Anopheles yang merupakan pembawa malaria, tidak sama dengan nyamuk Aedes yang membawa denggi.
"Disebabkan sifat nyamuk Anopheles yang berbeza dengan Aedes, fogging yang biasa dilakukan pada lewat petang dan awal malam adalah tidak berkesan.
"Untuk denggi, ia bersesuaian kerana nyamuk Aedes aktif pada waktu tertentu iaitu lewat petang atau senja, selain awal pagi atau selepas Subuh.
"Nyamuk Anopheles pula aktif sepanjang malam, jadi fogging tidak begitu membantu dan tidak berkesan dalam tempoh masa yang kita mahukan," katanya ketika ditemubual dalam program Buletin AWANI.
Tambah Dr. Malina, sebaiknya amalan pencegahan dilakukan dengan cara mengelakkan nyamuk daripada memasuki rumah, selain mengambil langkah tambahan seperti menggunakan alat pembunuh serangga elektrik dalam rumah, repellent pada kulit apabila keluar pada waktu malam, mengenakan pakaian yang menutup seluruh badan serta menggunakan kelambu berubat semasa tidur.
"Jika di kawasan pedalaman, house spray digunakan, jadi apabila nyamuk hinggap di dinding rumah, ia akan menyerap toksik dan mati.
"Ini memang cara yang biasa dan sudah lama dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Menyentuh tentang peningkatan kes malaria di Ampang, Dr. Malina berkata ia berkemungkinan berpunca daripada pekerja asing yang tidak menjalani proses pemeriksaan dan saringan kesihatan.
"Ia merupakan punca yang paling sering ditemui untuk kes-kes sporadik malaria di kawasan bandar.
"Untuk itu, semua pekerja asing yang tinggal di rumah-rumah kongsi di kawasan itu perlu disaring dari semasa ke semasa bagi mengelakkan cetusan kes-kes baharu," ujarnya.
Madiha Abdullah
Fri Jun 26 2020

'Fogging' tidak berkesan untuk cegah malaria dalam jangka masa yang dimahukan. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.

Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.

Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.

Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.