KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata satu kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 16.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 35,202 kes berbanding 11,921 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan 23,281 kes atau 195.3 peratus.
"Sementara sejumlah 22 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding enam kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya 116 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 109 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 62 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (32), Sabah (lapan), Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh), Perak (tiga), Kedah (dua) dan masing-masing satu di Sarawak serta Labuan.
Selain itu, Dr Muhammad Radzi berkata survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada minggu ke-16 dengan dua kes dari Selangor dan satu kes dari Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 120 kes dan bagi survelan zika pula, sebanyak 888 sampel darah dan 33 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Beliau berkata dalam kegembiraan menyambut perayaan Aidilfitri, penjagaan kebersihan persekitaran masih perlu diutamakan kerana terdapat pelbagai bekas berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
"Lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah, dan pastikan tiada air bertakung di bekas takungan penapis air, pelapik rak pinggan dan baldi atau bekas penyimpanan yang tidak terpakai.
"Lupuskan barang lusuh serta pastikan bekas makanan atau minuman dan peralatan makanan pakai buang yang digunakan semasa jamuan makan dibuang ke tempat yang ditentukan kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan air yang minima untuk bertelur," katanya.
Menurutnya, pencegahan gigitan nyamuk Aedes juga perlu diamalkan semasa melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dengan menggunakan repelan pada anggota badan yang terdedah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 35,202 kes berbanding 11,921 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan 23,281 kes atau 195.3 peratus. - Gambar fail/pixabay
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.

Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.

Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.

Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.