SHAH ALAM: Sebanyak 31,822 kes demam denggi dilaporkan di Selangor sejak Januari hingga 19 Nov tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Dr Sha'ari berkata daripada jumlah itu, berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5 peratus melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
"Pada ME 46 iaitu bagi tempoh 13 hingga 19 Nov 2022, sejumlah 744 kes demam denggi dilaporkan di Selangor, iaitu penurunan sebanyak 8.4 peratus (68 kes) berbanding 812 kes pada minggu sebelumnya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata empat daerah yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi adalah Petaling (10,927 kes), Hulu Langat (7,444), Klang (5,405) dan Gombak (4,308).
"Terdapat lapan kes kematian akibat demam denggi didaftarkan di Selangor tahun ini iaitu empat di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, dua di PKD Petaling manakala PKD Hulu Selangor dan PKD Kuala Langat masing-masing satu kes," katanya.
Sehubungan itu, Dr Sha'ari menyarankan setiap komuniti di kawasan kediaman supaya melaksanakan aktiviti pembersihan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala memandangkan cuaca hujan yang lebih kerap akan memperluas lokasi boleh bertakung air.
Beliau berkata keadaan yang lembap juga meningkatkan kemandirian hidup nyamuk Aedes.
"Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyarankan agar komuniti di kawasan kediaman meluangkan masa 10 minit seminggu untuk memastikan semua takungan air yang tidak digunakan dimusnahkan.
"Masyarakat juga perlu memastikan kawasan dalam rumah dan persekitaran sentiasa bersih, tiada tempat takungan air, meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di tempat takungan air yang tidak dapat dimusnahkan dan menutup rapat bekas takungan air kekal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022

Empat daerah yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi adalah Petaling (10,927 kes), Hulu Langat (7,444), Klang (5,405) dan Gombak (4,308). - Gambar fail/Wikipedia
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.