KUALA LUMPUR: Kes denggi di seluruh negara merekodkan penurunan 1.3 peratus atau kurang 40 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 2023 (ME49), iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Dis dengan 2,948 kes berbanding 2,988 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan 54,255 kes atau 90.3 peratus.
"Bilangan lokaliti hotspot meningkat pada ME49 dengan 101 lokaliti dilaporkan, berbanding 95 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
"Daripada 101 lokaliti yang dilaporkan, 78 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (12), Perak (enam), Sabah (tiga) serta masing-masing satu lokaliti di Kelantan dan Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat tiga kes maut bagi minggu sama, menjadikan keseluruhan kes kematian tahun ini sehingga ME49 ialah sebanyak 87, berbanding 44 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.
Beliau berkata kelewatan pesakit mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan, menjadi antara faktor utama menyumbang kepada kematian akibat denggi.
Justeru, beliau menasihati masyarakat supaya mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang berdekatan, sekiranya bergejala seperti demam tinggi secara tiba-tiba, sakit otot atau tulang atau sendi, sakit kepala yang kuat, serta sakit di belakang mata.
"Lebih merisaukan apabila gejala ini disusuli dengan muntah-muntah, cirit-birit serta pendarahan gusi, di mana jika ia tidak dirawat dengan segera ia boleh mengakibatkan komplikasi denggi dan seterusnya menyebabkan kematian. Rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi dan menyelamatkan nyawa," katanya.
Dalam pada itu bagi survelan kes chikungunya, Dr Muhammad Radzi memaklumkan tiada kes direkodkan pada ME49, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 192 kes.
Terdapat satu wabak chikungunya yang masih aktif di daerah Petaling, Selangor pada ME49.
Sementara itu, bagi survelan zika, sebanyak 3,603 sampel darah dan 395 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasilnya kesemua sampel ialah negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Dr MUhammad Radzi memberitahu, bilangan lokaliti hotspot meningkat pada ME49 dengan 101 lokaliti dilaporkan, berbanding 95 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. - Bernama

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.