KUALA LUMPUR: Laporan media yang menyebut Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia hari ini adalah tidak tepat, menurut seorang sumber.
Beliau ketika dihubungi Astro AWANI berkata, majlis penyampaian watikah tersebut telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, media melaporkan selain Tajuddin, Yang di-Pertuan Agong juga berkenan untuk menyampaikan watikah kepada empat lagi ketua perwakilan ke negara Jepun, Arab Saudi, Iran dan Korea Selatan.
Terdahulu, Tajuddin dipetik portal Free Malaysia Today sebagai berkata, beliau telah menerima jemputan ke Istana Negara untuk menerima watikah tersebut.
Sementara itu, Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Al-Sultan Abdullah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda kini sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
"Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program terdekat yang melibatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah ditangguhkan ke tarikh-tarikh tertentu yang akan diumumkan kelak.
Firdaus Azil
Mon Jun 20 2022
Majlis penyampaian watikah kepada Tajuddin serta empat yang lain telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Agong kurnia watikah pelantikan tujuh perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM
Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini.
Video Istiadat Pertabalan Agong penuh tradisi dikongsi
Sultan Ibrahim ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pada Sabtu lalu.
#AgongKita: Pelancong asing kagum saksi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Tidak hanya rakyat di negara ini, pelancong asing turut kagum menyaksikan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara yang berlangsung dalam suasana penuh t
#AgongKita: Kerajaan, rakyat harungi gelora ekonomi dunia di bawah naungan Agong - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tegas digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI mencetus kadar pertumbuhan memberangsangkan.
#AgongKita: Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, yang tiba pada 9.25 pagi.
#AgongKita: Raja-Raja Melayu berangkat tiba ke Istiadat Pertabalan
Keberangkatan tiba kesemua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri bermula 8.50 pagi itu disambut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
#AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi
Wakil media pelbagai agensi sama ada dari dalam dan luar negara berkumpul dan bersiap sedia untuk membuat liputan.
#AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini
Istiadat pertabalan ini ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara.