KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara di sini hari ini.
Majlis Jamuan Teh Diraja berkenaan merupakan acara diatur khas bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung pada 20 Julai lepas.
Berangkat sama pada majlis hari ini yang diadakan di Dewan Santapan Utama ialah anakanda Seri Paduka Baginda berdua iaitu Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar serta Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Majlis yang bermula pada 3 petang itu juga dihadiri kira-kira 1,200 tetamu termasuk menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen, duta-duta, perwakilan asing ke Malaysia dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Tayangan video sempurnanya Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu lepas menerusi skrin di dalam Dewan Santapan Utama antara pengisian majlis pada hari ini, di samping persembahan orkestra oleh Badan Kesenian Tentera Darat.
Terdahulu, sebaik sahaja keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah di dalam dewan, lagu Negaraku dimainkan diikuti bacaan doa oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Usai Majlis Jamuan Teh Diraja itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu jemputan.
Acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong bermula pada 18 Julai, didahului dengan dua acara di Masjid Negara membabitkan Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat, disusuli keberangkatan Sultan Ibrahim yang berkenan menunaikan solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat Khas pada keesokannya.
Turut diadakan Majlis Santapan Diraja di Istana Negara pada malam selepas istiadat pertabalan dan keberangkatan Raja Zarith Sofiah ke Hospital Orang Asli Gombak di sini pada Selasa.
Selain itu, Pameran Raja Kita kini berlangsung di Muzium Negara di sini hingga 29 Sept.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Tidak mustahil BN rampas semula Nenggiri
Melihat pada sejarah, tidak mustahil untuk calon Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Neggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar
Kerajaan giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas, Skudai di Johor Bahru, Rabu lalu.
Kamala Harris rapatkan jurang dengan Trump dalam perlumbaan Presiden - Tinjauan WSJ
Dalam perbandingan secara langsung, Trump mengekalkan sedikit kelebihan dengan memperoleh 49 peratus undian berbanding 47 peratus untuk Harris.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO.
10 Berita Pilihan - (27 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan adik
Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya daripada lemas dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi, hari ini.
Rusia dan China alu-alukan keanggotaan Malaysia dalam BRICS
Mohamad berkata, Malaysia perlu menunggu lebih kurang satu tahun lagi sebelum keanggotaannya diterima.
ASEAN sambut baik perubahan sikap negara kuasa besar terhadap isu Palestin
ASEAN mengalu-alukan perubahan sikap dan pendirian beberapa negara kuasa besar dalam isu melibatkan rakyat Palestin yang terus menerus diperlakukan secara kejam oleh rejim Zionis.
Nor Azizah diumum Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang
Nor Azizah Ahmad diumum sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang yang baharu setelah memenangi proses pemilihan semula bagi jawatan itu hari ini selepas ia digantung sejak 26 Mei tahun lepas.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini.
Pameran Raja Kita bermula esok, koleksi peribadi Agong, Raja Permaisuri antara dipamer
Terdapat juga koleksi bersejarah seperti manuskrip dan dokumen perjanjian berkaitan Institusi Raja daripada agensi lain termasuk Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
Video Istiadat Pertabalan Agong penuh tradisi dikongsi
Sultan Ibrahim ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pada Sabtu lalu.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Sarawak
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat negeri itu, yang meraikannya hari ini.
Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei
Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Udara Subang.
Kandungan FB tular disalah terjemah sistem Facebook - RTM
RTM hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di istana Negara semalam.
Raja Bahrain berangkat pulang selepas hadir Pertabalan Agong ke-17
Sheikh Hamad dan delegasi baginda berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
#AgongKita: Tayangan video riwayat hidup Sultan Ibrahim pengisian istimewa Majlis Santapan Diraja
Turut dipaparkan menerusi video istimewa berdurasi 3.11 minit itu adalah perkahwinan Diraja dengan Raja Zarith Sofiah pada 22 Sept 1982.
#AgongKita: Corak ragam bunga raya pilihan Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan
Beberapa corak dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim, namun Seri Paduka Baginda berkenan memilih bunga raya.
Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim jadi tumpuan media global
Di Singapura, platform Berita menyiarkan berita dan turut berkongsi laporan bergambar di laman media sosialnya.