Ringkasan AI
- Sembilan ketua perwakilan asing yang baharu dilantik termasuk Duta Besar Laos, Sweden, Finland, Denmark, Somalia, Kesatuan Eropah, Kanada, Argentina, dan Papua New Guinea.
- Seri Paduka Baginda turut mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada.
- Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani, dan Ketua Protokol Wisma Putra Datuk Yubazlan Yusof.
Ketua perwakilan asing ke Malaysia yang baharu dilantik ialah Duta Besar Laos Thepthavone Sengmany, Duta Besar Sweden Niklas Wiberg, Duta Besar Finland Anne Vasara dan Duta Besar Denmark Kirstine Vangkilde Berner.
Selain itu, Duta Besar Republik Persekutuan Somalia Ali Mohamed Abukar, Duta Besar Kesatuan Eropah Rafael Daerr, Pesuruhjaya Tinggi Kanada Jodi Robinson, Duta Besar Argentina Marta Laura Gabrieloni, dan Pesuruhjaya Tinggi Papua New Guinea Jimmy Ovia.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria Rizany Irwan Muhamad Mazlan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin.
Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan,Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Ketua Protokol Wisma Putra Datuk Yubazlan Yusof.
-- BERNAMA