KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara, di sini hari ini.

Mengiringi Seri Paduka Baginda, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.



-- BERNAMA