KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini menonjolkan keistimewaan dan keunikan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
Pensyarah Kanan dan Panel Pakar Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Ismail Ma'arof berkata istiadat pertabalan yang dilaksanakan lima tahun sekali itu turut menggambarkan model perpaduan dan kesederhanaan di Malaysia.
Beliau berkata pada masa sama, istiadat penuh tradisi berkenaan juga melambangkan kedaulatan dan legitimasi keberadaan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan di negara ini.
"Ia juga sebagai pembelajaran kepada negara lain untuk memelihara warisan. Kita masih mengekalkan warisan turun-temurun ini," katanya ketika menjadi tetamu program Granstan Khas Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 terbitan Bernama TV hari ini.
Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.
Turut berangkat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
Seorang lagi Panel Penulis Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Noraiman Suhaidi Norizam berkata fungsi Yang di-Pertuan Agong sangat penting dalam mengimbangi tata kelola negara selaras dengan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan di bawah peruntukan itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali dalam kes Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Seri Paduka Baginda bertindak mengikut budi bicara.
"Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan ada menyebut berkaitan Seri Paduka Baginda boleh bertindak atas budi bicara dan mendapat nasihat daripada pakar-pakar yang lain seperti Majlis Raja-Raja. Di situ jelas kita akan nampak fungsi Yang di-Pertuan Agong itu sangat penting dalam mengimbangi tata kelola negara," katanya.
Selain itu, beliau berkata menerusi peruntukan terbabit Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda untuk menyelesaikan isu-isu termasuk kemelut politik.
"Kalau kita lihat pada 2021 apabila berlakunya kebobrokan demokrasi, dengan jelas kita nampak Yang di-Pertuan Agong ke hadapan dan menyelesaikan masalah yang dilakukan pemain-pemain politik itu sendiri. Jadi kita lihat andai kata institusi raja tiada dalam negara, apa akan jadi kepada kita semua rakyat jelata," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini menonjolkan keistimewaan dan keunikan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. -Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.