Mahkamah Persekutuan akan mendengar dua kes penting pada 13 Ogos yang akan menentukan sama ada undang-undang Islam tertakluk kepada kebebasan asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kes pertama ialah mahkamah akan mendengar hujahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam rayuannya ke atas kes peguam Victoria Jayaseele Martin yang membuat permohonan untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada tahun 2009.
Persatuan Peguam Syarie Malaysia telah menolak permohonannya kerana beliau bukan Islam, berdasarkan Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan sejak 1993 yang menetapkan seorang peguam syarie di Kuala Lumpur mesti beragama Islam.
Setelah itu, Martin memfailkan semakan kehakiman pada Oktober 2009 tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian atas alasan MAIWP telah diberi kuasa untuk mengenakan syarat tersebut.
Tetapi pada tahun 2013, Mahkamah Rayuan yang ketika itu diketuai oleh hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, memutuskan bahawa Peraturan 10 bercanggah dengan Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Ia merujuk kepada Perkara 8(1), Perkara 8(2) mengenai kesamarataan di sisi undang-undang dan hak untuk tidak didiskriminasikan, dan Perkara 5 dan Perakara 10(1)(c) yang menjamin hak kebebasan seseorang dan kebebasan kepada pembentukan sesebuah persatuan, dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kes rayuan transgender Negeri Sembilan
Kes kedua yang akan didengar adalah rayuan kerajaan Negeri Sembilan dan empat pihak lain, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang menetapkan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Pada 7 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dibawa oleh tiga transgender – Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 – dan mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.
Dalam semakan kehakiman mereka, Muhammad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol yang merupakan jurusolek pengantin mendakwa bahawa Seksyen 66 tidak terpakai kepada mereka sebagai penghidap kecelaruan identiti gender (GID), seperti yang disahkan dalam satu laporan kesihatan daripada Hospital Kuala Lumpur.
Pada 14 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan dilaporkan telah menetapkan pendengaran bagi rayuan sekumpulan lelaki berpakaian wanita itu bersama-sama dengan rayuan MAIWP dalam kes Martin pada hari yang sama, iaitu pada 13 Ogos, kerana Kerajaan Negeri Sembilan telah menimbulkan isu yang sama.
Difahamkan, kedua-dua kes akan didengarkan oleh barisan kehakiman yang sama. Bagaimanapun, ia hanya akan diketahui pada Khamis.
Astro Awani
Wed Aug 12 2015
![Mahkamah Persekutuan dengar dua kes penting Khamis Mahkamah Persekutuan dengar dua kes penting Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438140753_MAHKAMAHPUTRAJAYA.jpg)
Mahkamah Persekutuan akan mendengar dua kes penting pada 13 Ogos yang akan menentukan sama ada undang-undang Islam tertakluk kepada kebebasan asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
![Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720610950_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung
Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.
![Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723113479_SetiausahaAgungMU.jpg)
Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722244141_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh
Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan habeas corpus Md Sagahan yang ditahan susulan serbuan Imigresen pada 15 Nov 2023.
![Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
![Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk perkasa Mahkamah Syariah Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk perkasa Mahkamah Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk perkasa Mahkamah Syariah
Cadangan mewujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah bertujuan Mahkamah Syariah dan memastikan pelantikan hakim dijalankan secara telus serta bebas daripada kuasa Eksekutif.
![Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang lelaki warga Bangladesh untuk mengurangkan hukuman penjara 35 tahun yang dijatuhkan bagi kesalahan membunuh teman wanitanya.
![Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715840624_Zulfarhan.jpg)
Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720733846_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.