PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Perkara itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Lima daripada tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Beliau memberitahu, hakim bicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkeliru dan terkhilaf apabila menyatakan mahkamah perlu mencari kecederaan yang paling serius bagi menentukan kejadian itu berniat, sehingga memindakan pertuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, membunuh tanpa niat.
"Kami sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman sahaja yang wajar dijatuhkan terhadap enam tertuduh iaitu di mana keenam-enam tertuduh ini hendaklah dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
"Di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandotari 2023 yang berkuat kuasa pada 16 Jun 2023, hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan bunuh adalah hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan.
"Dalam kes ini ada beberapa faktor yang memberatkan hukuman ini antaranya perbuatan tertuduh pertama hingga kelima cukup kejam. Si mati diikat kaki dan tangan semasa mereka menekap seterika ke badan si mati.
"Selain itu, sebelum diseterika, si mati dipukul beramai-ramai. Walaupun enam tertuduh nampak dan melihat si mati mengelupar kesakitan, mereka tutup mata, tidak peduli dan terus menekap seterika ke atas hampir keseluruhan badan si mati sehingga mengakibatkan 90 kesan lecur.
"OKT (tertuduh) 1 hingga 5 menekap seterika di seluruh bahagian badan si mati termasuk di kemaluan menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusian dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama rakan pengajian.
"Jadi kami bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh dilakukan shock not only judicial conscience but even the collective conscience of the society," katanya ketika membacakan keputusan itu di sini pada Selasa.
Beliau sebelum membacakan hukuman itu meminta kesemua enam lelaki yang berada di kandang tertuduh untuk bangun.
Kesemua tertuduh yang berusia 28 tahun itu dilihat memeluk ahli keluarga masing-masing sebaik sahaja hakim selesai membacakan keputusan itu.
Hadhariah turut menjelaskan tertuduh keenam iaitu Abdoul Hakeem yang didakwa bersubahat membunuh turut dijatuhkan hukuman sama kerana keterangan mendapati tertuduh menghasut dan dengan sengaja membantu tertuduh satu hingga kelima menseterika si mati yang terjatuh.
"Malah dalam keterangan tertuduh keenam juga bersetuju dia adalah ketua intake bahawa semua cadangan dan arahanya dipatuhi oleh pelajar-pelajar UPNM sebagai tanda hormat.
"Dia juga mengarahkan semua supaya kejadian itu dirahsiakan daripada pihak atasan. Tidak ada langsung keterangan dari mana-mana saksi bahawa arahan tertuduh diingkari," jelasnya.
Sementara itu katanya, 12 lagi tertuduh lagi yang sebelum ini dikenakan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara empat tahun.
"Dalam kes ini, kami sebulat suara mendapati faktor-faktor yang memberatkan hukuman mengatasi faktor-faktor peribadi tertuduh-tertuduh.
"Pada hemat kami, hukuman yang wajar ialah empat tahun penjara. Oleh itu hukuman penjara tiga tahun diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara empat tahun dari tarikh sabitan," ujarnya.
Semua 12 pemuda itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Pada 2 November 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah (kini Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut atas tuduhan mencederakan Zulfarhan tanpa niat membunuh, tujuh tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat.
Sementara 12 bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun mengikut Seksyen 330 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan.
Semua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017.
Umavathi Ramayah
Tue Jul 23 2024

Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Irmohizam terima Anugerah Alumni Tersohor UPNM
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim PSSTLDM, baru-baru ini dianugerahkan Anugerah Alumni Tersohor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.

Kertas siasatan pelajar UPNM retak tulang dipijak senior dirujuk ke TPR
Kertas siasatan berkaitan kes buli seorang penuntut UPNM yang parah akibat dipijak penuntut senior akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Polis belum terima laporan perubatan mangsa buli UPNM
Polis belum menerima laporan perubatan melibatkan kes seorang kadet UPNM yang cedera parah di rusuk dan belakang akibat dipijak pelajar senior.

Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.