KUALA LUMPUR: Langkah meletakkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di bawah Kementerian Perpaduan Negara tidak akan menambah baik kedudukan sosioekonomi masyarakat India, kata Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran.
Beliau berkata, langkah itu sebaliknya hanya akan melemahkan agensi tersebut.
Justeru beliau menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk satu Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India bagi memastikan perancangan dan kepentingan kaum itu di negara ini diberi perhatian.
"Kalau betul ingin memastikan pembangunan masyarakat India, ini masanya Perdana Menteri wujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India kerana tanpa sebarang jawantankuasa khas bagaimana segala polisi dan masalah masyarakat India dapat dikenal pasti dan diselesaikan?" katanya dalam perkongsian di Instagram di sini, pada Ahad.
Sivaraj yakin, Mitra akan mempunyai kuasa dan pencapaian yang lebih baik sekiranya berada di bawah selian Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pada masa sama, beliau turut berharap agar kerajaan dapat melaksanakan Pelan Tindakan Masyarakat India bagi memastikan taraf hidup kaum itu terus diperbaiki.
Pada Sabtu, Anwar mengumumkan Mitra akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.
Mitra pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai Mitra pada 2018.
Ia diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara, namun pada September 2022 ia dipindahkan di bawah seliaan JPM.
Umavathi Ramayah
Sun Dec 24 2023
Sivaraj berpendapat, meletakkan Mitra di bawah Kementerian Perpaduan Negara hanya akan melemahkan agensi itu. - Foto/ IG Sivaraj
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
MITRA tangguh permohonan geran PPSMI 2025
MITRA memutuskan untuk menangguh permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kerajaan pertimbang pelarasan elaun Kor Sispa - Ahmad Zahid
Jabatan Perdana Menteri diminta memperhalusi cadangan tersebut bagi meringankan beban kewangan pelatih serta sebagai usaha menarik minat pelajar menyertai pasukan sukarelawan itu.
PM Anwar iktiraf peranan penjawat awam tingkat kejayaan negara
Perdana Menteri mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
PM Anwar rai 1,019 warga JPM cemerlang, pesara di Majlis Apresiasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar bidas dakwaan kerajaan tidak prihatin masalah rakyat
Harga barangan keperluan hari ini masih rendah serta stabil jika dibandingkan di zaman pentadbiran kerajaan terdahulu, tegas Perdana Menteri.