Ditawarkan wang segera RM100 hingga RM300 sekiranya memberikan kad pengenalan untuk membuka akaun e-dompet dan ia merupakan antara taktik baharu sindiket penipuan (scammer) yang berjaya dikesan di Kedah, sejak Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Supt Elias Omar berkata, ejen yang dilantik scammer akan mencari mangsa daripada golongan berpendapatan rendah atau penagih dadah sebelum meminta kad pengenalan bagi membantu mendaftarkan akaun e-dompet.
"Terlebih dahulu, mangsa akan dijanjikan wang tunai RM100 hingga RM300 dengan segera sekiranya pemohonan pendaftaran e-dompet mereka berjaya dan itu membuatkan mangsa memberikan kad pengenalan mereka tanpa berfikir panjang.
"Ejen berkenaan akan mengisi borang pemohonan dengan menggunakan nama dan nombor kad pengenalan mangsa manakala nombor telefon dan alamat pula akan diisi dengan maklumat scammer. Ini bagi memudahkan scammer untuk mendapat nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) milik mangsa sebelum wang dalam akaun bank mangsa diambil," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, scammer kemudiannya akan menghubungi mangsa lain dan menyamar sebagai polis atau pihak mahkamah sebelum mengarahkan mangsa terbabit untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun e-dompet yang dibuka menggunakan kad pengenalan yang diperolehi daripada mangsa sebelum itu.
"Scammer akan menghubungi mangsa dan maklumkan bahawa mereka terlibat dalam kes dadah dan bagi mengelak aset mereka dibekukan, mangsa perlu memindahkan kesemua wang mereka ke dalam akaun e-dompet yang diberikan. Scammer menggunakan kaedah e-dompet kerana ia sukar untuk dikesan oleh pihak polis.
"Sejak 1 Januari hingga 29 Februari lalu, sebanyak 25 kertas siasatan yang membabitkan kes ini telah dibuka dengan melibatkan kerugian berjumlah RM600,000," katanya.
Katanya, sehingga kini seramai 50 individu memberikan kad pengenalan mereka untuk pendaftaran akaun e-dompet namun mereka tidak menyedari bahawa kad pengenalan dan maklumat peribadi mereka telah disalahgunakan pihak scammer yang ingin mengaut keuntungan.
Sementara itu, Elias berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah berjaya menahan dua lelaki yang berumur 23 tahun yang sedang menjalankan aktiviti mendapatkan kad pengenalan orang awam pada awal bulan ini di daerah Kuala Muda.
"Salah seorang daripada mereka merupakan ejen yang dilantik oleh scammer dan bagi setiap satu kad pengenalan yang berjaya diperolehi, ejen akan mendapat RM50. Kita turut merampas enam telefon bimbit, 13 kad sim dan enam kad mesin wang automatik (ATM)," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan seorang lagi individu berumur 34 tahun yang dipercayai boleh membantu kes penipuan tersebut. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 15 2020

ejen yang dilantik scammer akan mencari mangsa daripada golongan berpendapatan rendah atau penagih dadah sebelum meminta kad pengenalan bagi membantu mendaftarkan akaun e-dompet. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.

Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.

Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.

3,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai
Menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

Langkah perluas bantuan e-dompet bukti kerajaan dengar suara mahasiswa
Bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif menerusi e-dompet
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta.

Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.

ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.

Tiada lagi transaksi tunai di Puspakom mulai 1 Julai
Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.

Prasarana akan perluas kolaborasi bagi mudahkan transaksi tanpa tunai
Kaedah pembayaran tiket dan pas perjalanan pengangkutan awam akan menjadi lebih mudah.