KOTA BHARU: Sebanyak 2.971 juta pengguna kenderaan sudah memuat turun dan mendaftar melalui aplikasi MyJPJ sejak diperkenalkan pada 10 Feb lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.
Beliau berkata sehingga kini JPJ masih mempromosikan kaedah tersebut bagi membolehkan pengguna kenderaan mendaftar melalui aplikasi berkenaan.
"Setakat ini usaha berjalan lancar dan saya menyeru seluruh masyarakat supaya turut sama memuat turun aplikasi ini untuk memudahkan urusan.
"Sekarang ini kita pamerkan untuk membiasakan masyarakat mengenai MyJPJ digital dan menjelang pertengahan tahun ini aplikasi ini akan dinaik taraf untuk menunjukkan dan memperbaharu lesen," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama 40 Anak Yatim dan Asnaf yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah, di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Zailani berkata usaha pendigitalan itu dilakukan kumpulan teknologi maklumat JPJ sendiri tanpa sebarang konsultan.
"JPJ akan menggunakan alat Smart Management Enforcement Device (SMED) bagi mereka yang ada isu berhubung ketiadaan liputan Internet dan kesukaran penggunaan telefon.
"Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SMED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zailani berkata sempena Aidilfitri, jabatan itu turut membekukan cuti anggota penguatkuasanya bagi menjalankan tugas pemantauan.
"Penguatkuasaan bagi Op Raya akan bermula sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.
"Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan, yang kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi kerja pemasangan cerucuk jambatan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C," katanya.
Beliau berharap pengguna jalan raya tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelak kesesakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023

Usaha pendigitalan JPJ dilakukan kumpulan teknologi maklumat jabatan itu sendiri tanpa sebarang konsultan. - Gambar fail
"Isu roboh tidak pernah bangkit" - Aiman Dazuki
Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd berkata perbincangan sentiasa berkenaan pemindahan kuil kepada satu tempat yang baru dan berdekatan. #AWANInews

UPKK 2024: 22,351 calon dapat 9A
Sebanyak 22,351 calon menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam kesemua sembilan mata pelajaran.

Doakan keadilan terus terpelihara - Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq, beliau yakin dengan hujahan serta maklum balas yang diberikan oleh pasukan pembelaannya.

Kos sebenar teknologi baharu kesihatan perlu dinilai dengan teliti
Tidak semua inovasi baharu yang diperkenalkan perlu diterapkan dalam sistem kesihatan negara, kata Prof Dr Syed Mohamed Aljunid.

Tiada perobohan, pemindahan kuil secara harmoni - Jakel
Pelbagai rundingan telah diadakan bersama pentadbiran Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bagi mencari penyelesaian terbaik.
"Jakel adalah pemilik sah pada masa ini"- Amin Dazuki
Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd berkata Jakel adalah pemilik asal tanah untuk pembinaan masjid.
"Hasrat ini juga sebagai satu simbolik kepada usaha dan sumbangan kakitangan jakel seramai 6000 orang"katanya.
#AWANInews
"Hasrat ini juga sebagai satu simbolik kepada usaha dan sumbangan kakitangan jakel seramai 6000 orang"katanya.
#AWANInews

Negara-negara Arab kecam cubaan bunuh Presiden Somalia
Beberapa negara Arab pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud sambil menegaskan sokongan terhadap keselamatan dan kestabilan negara itu.

21 maut, lebih 6,400 cedera dalam festival api tahunan di Iran
Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala 6,419 lagi cedera semasa perayaan Chaharshanbe Suri, iaitu festival api tahunan di Iran.

Lelaki maut dalam kebakaran rumah
Zahari Ibrahim, 50, yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai bomba setelah pemadaman selesai dijalankan.

Peristiwa pelanggan kurang mampu cetus ilham Khairruni jual kuih raya RM6
Idea untuk menjual biskut raya pada harga murah tercetus setelah Khairruni berbincang dengan anaknya susulan insiden menyentuh hati itu.

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.

Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb - Loke
Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb ini.

Lebih 2.97 pengguna muat turun, daftar MyJPJ
Sehingga kini JPJ masih mempromosikan kaedah tersebut bagi membolehkan pengguna kenderaan mendaftar melalui aplikasi berkenaan.

Kelemahan aplikasi MyJPJ diatasi sebelum pelancaran - Fahmi
Kelemahan keselamatan yang dikesan dalam aplikasi MyJPJ telah berjaya diatasi sebelum dilancarkan Jumaat lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.