SHAH ALAM: Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan urus niaga pembaharuan lesen melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara.
"Bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb 2024.
"Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ," katanya ketika sidang media selepas melawat JPJ Selangor di sini hari ini.
Katanya, pembaharuan tersebut berdasarkan kepada kesediaan sistem pihaknya dan penerimaan orang awam yang positif.
Loke berkata bagi mengalakkan penggunaan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM), mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5.
"Rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Feb sehingga 31 Dis 2024. Inisiatif ini terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ seperti Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad.
"Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, Kad MyKAS dan Kad MyPR," katanya.
Beliau berkata setakat 31 Dis lepas, seramai 7.5 juta pengguna yang menggunakan aplikasi MyJPJ dan dijangka jumlah itu akan terus meningkat tahun ini.
"Kerajaan berharap inisiatif yang diumumkan pada hari ini merupakan usaha MOT (Kementerian Pengangkutan) dan JPJ untuk mempermudahkan urusan pemilik LKM dan LMM seterusnya menyokong ke arah perkhidmatan pendigitalan yang terbaik kepada rakyat.
"MOT dan JPJ juga sentiasa menghargai sokongan daripada pelbagai pihak dalam pelaksanaan pendigitalan. Saya menyeru supaya masyarakat bersama-sama kami untuk menjayakan pendigitalan JPJ.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menunjukkan slip cukai jalan motosikal baharu pada sidang media sempena lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama
KDN cadang pusat pemulihan bekas penagih diperluas
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan negeri lain membuka Rumah Perantaraan seperti inisiatif Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu bekas penagih dadah menjalani pemulihan serta kembali ke masyarakat.
Banjir bencana terbesar, perlu pelan holistik
Banjir adalah isu yang perlu dilihat dari pelbagai sudut, bukan hanya ancaman kepada ekonomi, tetapi juga membabitkan kerapuhan komuniti yang terdedah.
Banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan sejak petang Rabu mencetus banjir di beberapa kawasan di Sandakan, dengan beberapa mangsa telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

Ukraine setuju hentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga
Ukraine bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat untuk menghentikan serangan ke atas kemudahan tenaga, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
Peningkatan mangsa banjir di Johor
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,201 orang di 13 PPS. Johor Bahru mencatatkan jumlah tertinggi dengan 785 mangsa. Hujan lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Rakyat Malaysia di Sudan Selatan selamat
Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia di sana untuk berwaspada dan mempertimbangkan berpindah ke kawasan selamat.
Jakel tegas tiada perobohan, hanya pemindahan kuil
Jakel menegaskan tiada perobohan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, sebaliknya perbincangan lebih 10 tahun tertumpu kepada pemindahan secara harmoni dengan bantuan kerajaan dan DBKL bagi mencari penyelesaian terbaik.
[TERKINI] DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif beri jaminan idak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India dan ia boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.
AWANI Ringkas: Banjir di Johor memburuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Bukit Bintang bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang.

Polis Indonesia laksana sistem mata demerit lalu lintas pada 2025
Pemegang lesen diberi 12 mata setiap tahun, yang akan ditolak setiap kali mereka langgar peraturan. Jika semua mata habis, lesen memandu akan dibatal.

Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.

Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Ukraine.

Nahas pelajar UíTM Dungun: Pemandu wanita tiada lesen memandu
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata setakat ini seramai 11 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.

Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.

Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.

Lari sejauh 2km sebab tak ada lesen, 'road tax' mati
Siasatan mendapati suspek mengaku melarikan diri kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pada 8 Oktober 2021.

JPJ akhiri penantian 40 tahun warga emas dapat lesen
Henry yang berasal dari Kampung Sungai Kut Muara, Dalat merupakan peserta paling tua program itu hanya berpendidikan setakat darjah tiga pada tahun 1970-an.