Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata Zahari Ibrahim, 50, yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai bomba setelah pemadaman selesai dijalankan.
"Rumah itu hangus, lelaki itu dipercayai sedang tidur semasa kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.42 tengah malam.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
