Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah separuh kekal berkeluasan 20x60 kaki persegi itu telah pun 80 peratus terbakar.
"Siasatan awal menemukan lima mayat iaitu seorang lelaki dewasa dan empat kanak-kanak manakala seorang lelaki dewasa terselamat," menurut kenyataan itu.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)