KUALA LUMPUR: Kelemahan keselamatan yang dikesan dalam aplikasi MyJPJ telah berjaya diatasi sebelum dilancarkan Jumaat lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata CyberSecurity Malaysia (CSM) telah mengenal pasti kelemahan tersebut semasa proses pembangunan aplikasi itu.
"Pihak CSM telah melakukan saringan dan siasatan terhadap aplikasi MyJPJ, kita telah kenal pasti satu kelemahan yang tidak terlalu besar dan ia (kelemahan itu) telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan.
"Saya tiada maklumat terperinci, tetapi sebelum digunakan secara meluas ia telah dikesan. Saya sendiri berhubung dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dan perkara itu telah diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina bagi Parlimen Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kegusaran yang disuarakan pengguna mengenai keselamatan data peribadi dan aplikasi MyJPJ.
Pada Jumaat, Loke mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan masing-masing yang berkuat kuasa serta-merta, sebaliknya hanya perlu menunjukkan dokumen tersebut melalui aplikasi berkenaan yang dibangunkan secara dalaman.
Loke berkata inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal bagi warganegara.
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan CSM juga telah digerakkan untuk untuk membuat pemantauan terhadap semua prasarana siber yang diguna pakai kerajaan, termasuk aplikasi dan laman web bagi mengurangkan kebarangkalian berlakunya pencerobohan.
"Dengan kepakaran CSM dan undang-undang yang lebih meluas, ini akan dapat membantu menjamin keselamatan siber rakyat, kementerian dan agensinya," katanya.
Berhubung isu keselamatan siber, beliau menyeru agar kerajaan di rantau Asia Tenggara untuk bekerjasama membendung jenayah siber yang bersifat rentas sempadan khususnya jenayah penipuan.
"Sejumlah daripada jenayah siber ini tidak berlaku dalam negara kita, maksudnya ada panggilan dibuat dari luar negara tapi mangsanya rakyat kita. Jadi, ini perlukan satu kerangka di peringkat ASEAN," katanya.
Menurut Fahmi, perkara tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN ke-3 (ADGMIN3) dan beberapa negara menyatakan sokongan untuk menyelaraskan protokol serta kerangka undang-undang bagi memudahkan siasatan dan tangkapan melibatkan jenayah siber.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
![Kelemahan aplikasi MyJPJ diatasi sebelum pelancaran - Fahmi Kelemahan aplikasi MyJPJ diatasi sebelum pelancaran - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676196795_TBFAHMIFDAZIL.jpg)
Fahmi berkata, CyberSecurity Malaysia (CSM) telah mengenal pasti kelemahan tersebut semasa proses pembangunan aplikasi itu. - Gambar fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739679492_AedyFadlyRamli.jpg)
Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.
![Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727872053_AnthonyLoke.jpg)
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
![JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707919168_JPJ.jpg)
JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.
![Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb - Loke Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704169098_AnthonyLoke.jpg)
Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb - Loke
Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb ini.
![Lebih 2.97 pengguna muat turun, daftar MyJPJ Lebih 2.97 pengguna muat turun, daftar MyJPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681009598_MenteriPengangkutan.jpg)
Lebih 2.97 pengguna muat turun, daftar MyJPJ
Sehingga kini JPJ masih mempromosikan kaedah tersebut bagi membolehkan pengguna kenderaan mendaftar melalui aplikasi berkenaan.
![Kelemahan aplikasi MyJPJ diatasi sebelum pelancaran - Fahmi Kelemahan aplikasi MyJPJ diatasi sebelum pelancaran - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676196795_TBFAHMIFDAZIL.jpg)
Kelemahan aplikasi MyJPJ diatasi sebelum pelancaran - Fahmi
Kelemahan keselamatan yang dikesan dalam aplikasi MyJPJ telah berjaya diatasi sebelum dilancarkan Jumaat lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.