IPOH: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mendahului senarai 212 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disambut hari ini.
Mohd Zuki, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-15 pada 1 Jan 2020, dikurniakan Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara) Datuk Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain@ Abd Rasid.
Beliau berkata sempena hari keputeraan tahun ini, baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.
Katanya Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 15 penerima termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Perak Abdul Rahman Thobroni Mohd Mansor.
Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada lima penerima termasuk Ketua Cawangan Khas Perak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Shazeli Kahar dan Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Laksamana Muda Abd Halim Shaari.
Seramai tujuh individu dikurniakan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 23 orang menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 16 menerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 45 menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 47 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 41 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).
"Secara keseluruhannya, jumlah penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak yang telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk dikurniakan pada tahun ini adalah berjumlah 212 orang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Zahidi berkata jumlah penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kali ini agak terhad dan hanya mereka yang benar-benar layak serta memenuhi kriteria ditetapkan telah diperkenan oleh Sultan Perak untuk dikurniakan darjah kebesaran dan pingat.
"Rakyat diseru untuk bersama-sama meraikan dan menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan-bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman masing-masing.
"Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Sultan Perak," katanya.
Beliau berkata sambutan kali ini akan dimulakan dengan majlis kesyukuran iaitu bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sewaktu Solat Jumaat yang turut diadakan di semua masjid daerah di seluruh Perak dengan diketuai Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022
![KSN dahului senarai 212 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Perak KSN dahului senarai 212 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640347835_TBMohdZukiAli.jpg)
Mohd Zuki dikurniakan Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar fail
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.
![Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717730024_AhmadJailaniMuhame.jpg)
Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu
Pelantikan Ahmad Jailani itu berkuat kuasa hari ini, 7 Jun 2024 untuk tempoh tiga tahun.
![Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668950736_TBMohdZukiAli.jpg)
Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN
Mohd Zuki berkata pembinaan negara bangsa amat bergantung kepada produktiviti dan prestasi para pekerja yang merupakan jentera utama pembangunan negara.
![Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714039004_TBaijpg.jpg)
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
!['Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA 'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712917130_TBserangan.jpg)
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
![Tahap produktiviti pekerja di Malaysia meningkat - KSN Tahap produktiviti pekerja di Malaysia meningkat - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710061667_tbZukiAli.jpg)
Tahap produktiviti pekerja di Malaysia meningkat - KSN
Tahap produktiviti setiap pekerja di Malaysia meningkat kepada RM96,692 tahun lepas, berbanding RM95,858 pada 2022.
![Kampung Banggol Cempedak diiktiraf Kampung Angkat MADANI pertama Terengganu Kampung Banggol Cempedak diiktiraf Kampung Angkat MADANI pertama Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710045025_ZukiAli.jpg)
Kampung Banggol Cempedak diiktiraf Kampung Angkat MADANI pertama Terengganu
Kampung Banggol Cempedak di Serada mencipta memori tersendiri apabila terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI pertama di Terengganu.
![Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709976665_TBZUKIALI.jpg)
Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.
![Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708597368_TBZUKIALI.jpg)
Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN
Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
![Kajian SSPA kini di peringkat akhir - KSN Kajian SSPA kini di peringkat akhir - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707825629_MohdZukiAli.jpg)
Kajian SSPA kini di peringkat akhir - KSN
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini berada diperingkat akhir sebelum ianya dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.