PETIKAN laporan 8 September 2020:
"RIYADH: Mahkamah Arab Saudi mengetepikan lima hukuman mati yang dijatuhkan terhadap pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.
Penghakiman dibidas pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai 'parodi keadilan'.
Lapan defendan yang tidak dinamakan, dihukum penjara antara tujuh hingga 20 tahun selepas anak lelaki mangsa 'memaafkan' kesemua pembunuh pada Mei lalu.
Proses ini membuka laluan kepada hukuman lebih ringan.
Keputusan itu dilihat satu usaha Arab Saudi menutup kes pembunuhan pada Oktober 2018."
MENGIMBAS PEMBUNUHAN JAMAL KHASSOGI
Kehilangan wartawan Washington Post, Jamal Khassogi mencetuskan episod terbaharu pembunuhan wartawan.
Jamal, warga Arab Saudi yang menetap di Turki dan menulis untuk akhbar berpangkalan di Amerika Syarikat, disyaki mati dibunuh pada 2 Oktober lalu.
Lebih menggemparkan, Jamal dilaporkan mati dipancung dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul ketika hadir menguruskan permohonan perkahwinannya.
Dunia jadi gempar kerana Jamal yang juga bekas Ketua Editor Al Arab News Channel, terkenal kerana sering mengkritik Putera Mahkota Mohammad Bin Salman.
Senario ini menjadikan dunia percaya Arab Saudi mempunyai motif yang kuat untuk menghapuskan Jamal.
Peranan Jamal sebagai kolumis akhbar berpengaruh berjaya mencemarkan nama baik Putera Mohammad.
Jamal kerap mendedahkan pelbagai isu konspirasi politik dalam kalangan keluarga diraja Arab Saudi.
Jamal menyertai senarai 481 wartawan yang dibunuh di seluruh dunia sejak 2005.
Angka yang menakutkan, namun kebanyakan wartawan dilaporkan maut di Amerika Selatan.
Wartawan yang nekad mendedahkan jenayah kartel dadah sering menjadi sasaran utama.
Manakala 195 wartawan dilaporkan mati secara tidak sengaja atau akibat kemalangan di zon peperangan.
Kalau benar Jamal mati dibunuh perisik Arab Saudi, jenayah ini tentunya amat memalukan.
Dunia akan memandang remeh kedudukan keluarga diraja Arab Saudi yang sering menjajakan imej sebagai Penjaga Dua Kota Suci.
Jamal belum didendang sebagai wira. Dia masih subjek dalam pelbagai bentuk siasatan yang dijalankan kerajaan Turki.
Bukti-bukti yang disebut dan disebarkan memperlihatkan adanya kecenderungan pembabitan Istana Arab Saudi.
Jamal menyertai nasib malang Fuad Muhammad Syafruddin, wartawan Indonesia yang ditemukan cedera parah dipukul pembunuh upahan pada 13 Ogos 1996 di Jakarta.
Fuad mati tiga hari kemudian dan kesnya kekal misteri. Tiada tangkapan dilakukan hingga ke hari
ini.
Seperti Jamal, Fuad wartawan berani. Bezanya, Fuad menentang Regim Orde Baru Suharto di tanahairnya sendiri.
PEMBUNUHAN FUAD MUHAMMAD SYAFRUDDIN
Misteri pembunuhan Fuad dikaitkan dengan Suharto kerana wartawan itu sangat lantang menentang Orde Baru.
Kematian Fuad dirakamkan dalam lagu legenda "Matinya Seorang Penyaksi" nyanyian Iwan Fals.
Lagu ini dokumen seni bersejarah mengenai dunia gelap Orde Baru yang kerap menghapuskan musuh Suharto dengan menggunakan pembunuh misterius.
Tribut Iwan Fals dalam lagunya menyebut nama Udin. Nama khas buat Fuad yang disimbolkan Iwan Fals sebagai musuh politik Orde Baru.
Cuma, pengaruh pop Iwan Fals menyebabkan Suharto tidak mungkin berani membunuhnya.
Iwan Fals menentang Suharto sejak 1984 melalui albumnya berjudul Sudali. Sepanjang 24 tahun
menentang Orde Baru, Iwan Fals melahirkan banyak lagu master piece anti Suharto.
Antaranya, Bento dan Bongkar serta Mbak Tini yang terang-terangan bersikap sinis terhadap
keluarga Suharto.
Selain itu, lagu Tikus Kantor, Pesawat Tempur, Surat Buat Wakil Rakyat, Soldadu, Siang di Seberang Istana, Sarjana dan Orang Gila antara puluhan karya Iwan Fals yang konsisten mengutuk Suharto.
Iwan Fals mengenang jasa-jasa Udin sebagai wartawan sejati walaupun mereka bukan kenalan. Iwan Fals pada era muzik kritik politiknya tidak punya ramai sahabat.
Sikap anti Orde Baru menjadikan Iwan Fals hanya dilingkungi seniman anti Suharto. Antaranya WS Rendra. Realitinya, seniman berani tidak mudah memiliki sahabat.
Saja saya kaitkan kematian Jamal dan Fuad serta pembelaan Iwan Fals terhadap perjuangan wartawan.
Matinya Seorang Penyaksi, seperti kata Iwan Fals: Bukan bererti matinya kesaksian. Hakikatnya, selain Udin, serta matinya Jamal, bukan bererti matinya kesaksian. Dunia sedang bangkit menuntut
kebenaran dan keadilan terhadap nasib Jamal.
Dari Presiden Donald Trump dan 22 Anggota Senat AS, sampailah ke pelbagai gerakan media massa, suara kemarahan dunia jelas membara. Isu Jamal perlukan pembongkaran.
Di Jakarta, dua bulan lalu, Iwan Fals terus bersuara mengenai ingatannya kepada Fuad yang sudah genap 16 tahun mati dalam misteri.
NASIB WARTAWAN DALAM LAGU IWAN FALS
Iwan Fals tidak mengalah mencari kebenaran untuk Udin sekali pun kes pembunuhan itu sudah lama berlalu.
"Saya dapat titipan dari kawan-kawan wartawan, kerana 16 Ogos lalu bererti genap 16 tahun wartawan Udin dibunuh, tapi sampai sekarang belum terungkap," kata Iwan Fals.
Penyanyi itu turut menyentuh pentingnya pilar demokrasi dilindungi. Sekali pun setelah Orde Baru rejim Suharto dijatuhkan pada 1998, Iwan Fals sampai sekarang kekal kritis.
Manusia Setengah Dewa (2004), kini dinyanyikan semula mengkritik penguasa yang tidak tegas
Iwan Fals menyeru supaya wartawan diberikan kebebasan bersuara. Ancaman dan intimidasi terhadap wartawan adalah penghinaan besar terhadap rakyat jelata.
"Kalau wartawan ketakutan, yang rugi kita sendiri. Apresiasi untuk teman-teman wartawan yang terus berjuang supaya kes ini terus diungkap dan pelakunya ditangkap," kata Iwan Fals.
Ketika Udin sudah mati, dan kita masih menanti kebenaran disebalik misteri pembunuhan Jamal, hayati sejenak lirik lagu Iwan Fals:
"Matinya seorang penyaksi
Bukan matinya kesaksian
Tercatat direlung jiwa
Menjadi bara membara
Duka cita terdalam
Hari ini kisahmu abadi
Berbaringlah kawan
Berbaringlah dengan tenang
Matinya seorang wartawan
Bukan matinya kebenaran
Tercatat dengan kata sakti
Menjadi benih yang murni"
Memang benar kata Iwan Fals. Sesiapa saja boleh membunuh wartawan. Namun, itu tidak bererti kebenaran dihapuskan!
Zainal Rashid Ahmad
Mon Oct 19 2020
Jamal dilaporkan mati dipancung dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul ketika hadir menguruskan permohonan perkahwinannya. -Gambar fail/Reuters
Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Tony Fernandes sang pemberani
Tony ada sisi lain yang menarik; kreativiti bisnes dan sikap tegarnya dalam mendapani cabaran peniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
KLWBC 2020: Menulis momen yang tidak tertuliskan
Sekadar bacaan melihat "betapa sunyinya momen sastera di tengah bencana."
KLWBC 2020: Seputar isu pembunuhan wartawan
Memang benar kata Iwan Fals. Sesiapa saja boleh membunuh wartawan. Namun, itu tidak bererti kebenaran dihapuskan!
KLWBC2020: Mengisi sastera dengan isu miskin bandar
Isu nasional yang sejak empat tahun lagi menjadi kata kunci utama apabila kita bercakap mengenai naratif baharu krisis kemiskinan di Malaysia.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
Mengenang penyair hebat T Alias Taib
Kami lalui hari-hari yang penuh dengan gebang sastera dan wanita, namun sikap baiknya yang mengaspirasikan saya.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Buku Alam Pak Anjang Pencinta Alam
KLWBC 2020: Buku Alam Pak Anjang Pencinta Alam