BANYAK perkara berlalu dalam reformasi media sosial.
Live streaming antara potensi baharu bagi pemasaran buku.
Kejayaan Rashidi Abdullah menjual 150 naskhah buku "Monolog Budak Buta" dalam 45 minit siaran langsung Facebook satu permulaan menarik.
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook, sekali gus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
Mengikut data 2018, daripada 26.8 juta akaun Facebook di Malaysia, terdapat 1.4 juta akaun yang "aktif" memuat naik bahan perniagaan.
Angka itu mungkin mencapai 2 juta akaun berikutan migrasi perniagaan yang pantas di Facebook susulan krisis ekonomi akibat COVID-19.
Walaupun Facebook bermula pada 2008 dan menjadi platform terbesar di media sosial global - dalam tempoh 12 tahun berlaku begitu banyak reformasi aplikasi dan tabiat kepenggunaan.
Mark Zuckerberg sentiasa melakukan evolusi demi evolusi dalam sedekad ini.
Akhirnya, perubahan berkala ini mencetuskan reformasi media sosial. Impaknya ketara di negara ini kerana Facebook menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
*(Selain 26.6 juta akaun di negara ini, 2.3 bilion penduduk dunia memiliki akses Facebook).
Selain berfungsi sebagai laman sembang sosial, Facebook dalam konteks peniagaan telah mengalami revolusi teknologi yang pantas. Seterusnya telah mengubah banyak formula peniagaan gaya lama.
Bagi akaun perniagaan - sekiranya bergantung pada konsep "posting" atau hantaran poster dan kapsyen sahaja - ia sudah dianggap bisnes "warisan zaman fosil".
Ini kerana terdapat lebih sejuta poster "made by Malaysia" yang berlegar dan mengitari Facebook setiap 24 jam.
Sama ada poster perniagaan, troll, poster notifikasi, kempen politik, kapsyen dan poster hantaran peribadi - ia sentiasa melambak dan menjadi timbunan sampah dalam skrol dan syer di Facebook.
Malah, poster kini boleh dianggap sampah-sarap kerana lebih banyak melimpah berbanding dikongsi sebagai bahan penting.
Kapsyen perniagaan pula, sekiranya melebihi 100 perkataan, akan diabaikan kerana dianggap novel Facebook.
Secara purata, seorang pemilik akaun hanya mampu memberikan perhatian untuk meneliti pada 20 poster sehari. Itu belum tentu membaca kapsyen hantarannya.
Poster perniagaan jarang dibaca kalau sekadar 'Park and Post'
Selalunya poster perniagaan akan kehilangan tempat apabila ditenggelami poster troll politik atau poster troll jenaka.
Ada kala poster peribadi yang tarikan sensasi ilmu atau isu semasa lebih diberikan perhatian.
Paling teruk: tanpa strategi - poster perniagaan boleh dianggap "sampah" dalam aliran perkongsian bahan di Facebook.
Poster perniagaan paling terdedah pada pengabaian. Apa lagi kalau sekadar foto timbunan atau susunan buku dengan kapsyen mudah ala "blurb".
Tarikan komunikasi dalam pasaran buku ditengah persaingan lebih sejuta poster memerlukan "tenaga baharu".
Cara lama dengan paparan kulit buku dan "blurb" boleh dianggap "tinggalan fosil".
"Posting" poster dan kapsyen perniagaan pula tidak akan berkesan kalau sekadar berlegar di kalangan komuniti buku.
Sifat promosi asasnya mestilah merentas keselurahan kumpulan massa yang berpotensi dijadikan sasaran pembelian.
Sifat hantaran poster mesti memiliki keupayaan untuk tersebar secara meluas.
Pembelian iklan di Facebook untuk tujuan jangkauan sebaran hanya pembaziran. Realitinya, antara sejuta poster, ribuan poster perniagaan juga menggunakan strategi yang sama.
Jangkauan reach boleh mencapai 100,000 sekiranya anda berbelanja RM1,000.
Tapi jangkauan bukan bermakna akan ada impak jualan.
Malah, peratusan impak promosi juga gagal dibuktikan kalau sekadar berbangga dengan laporan jangkauan promosi.
Selamat jalan konsep 'Post and Park
Konsep "post and park" foto atau poster dengan sedikit kapsyen penjelasan kini tidak lagi efisien.
Apatah lagi bagi produk perniagaan yang memerlukan penjelasan lengkap, interaksi soal jawab bagi meningkatkan kefahaman pembeli.
Ingat! Menerima 1,000 tanda suka bukan bererti impak poster tersebut berjaya.
Kegilaan pada pengaruh angka "likes" boleh dianggap seperti menerima kertas tunai tanpa nilai. Kerana bisnes sebenar dalam Facebook mestilah bersifat tingkatan jualan berdasarkan kuasa promosi.
Selalunya, tanda suka hanyalah sekadar "respons ambil hati" dalam kalangan pengikut rapat atau kawan-kawan.
Mempercayai tanda suka sebagai kejayaan promosi adalah satu mitos yang menyedihkan.
Walaupun tanda suka tetap dihargai, tetapi bisnes memerlukan nilai jualan yang membawa kepada capaian nilai tunai yang sebenar. Itu sifat sebenar realiti perniagaan.
Paparan video juga menuju gaya lama?
Di media sosial, selain poster atau foto, promosi perniagaan yang sekadar meletakkan paparan video kini boleh disenaraikan sebagai kaedah lapuk.
Posting yang disusuli kapsyen manipulasi ala "copy writing hard sale" - kini dilihat sebagai "skema dan stereotaip".
Ingat! Tanda suka tidak boleh dijadikan jaminan kejayaan sekiranya ia tidak disertai impak jualan.
Terimalah hakikat bahawa Facebook juga ada budaya stereotaip dan rutin lama yang statik.
Ada pendekatan lama yang harus dilihat sebagai "sudah tua" dan tidak lagi berfungsi bagi keberkesanan bisnes.
Perniagaan pastinya bukan sekadar mengutip "likes". Bisnes sebenar ialah mencapai jualan.
Live Streaming pembuka era 5G
Sejak 2017 - budaya perniagaan di Facebook mula diterokai dengan pendekatan "live".
Kini lebih 1000 akaun Facebook aktif mengadakan jualan secara live. Malah, bersifat konsisten.
Cuma, itu utama ialah kualiti kandungan "live" serta disiplin kekerapan jadual siaran jualan.
Secara purata, lebih 200 akaun perniagaan Facebook di negara ini menjalankan bisnes "live streaming" melebihi tiga kali seminggu.
Malah, terdapat akaun perniagaan yang menjalankan siaran "live streaming" antara 10 ke 18 kali live seminggu.
Selain mengekalkan kekerapan bersiaran secara konsisten, akaun perniagaan ini turut menetapkan waktu siaran.
Ini memudahkan temujanji dengan penonton dan pembeli.
Amethriftstore dan kisah dua remaja
Amethriftstore diasaskan dua remaja. Amir berusia 17 tahun dan masih bersekolah dan Iqbal (18 tahun) adalah lepasan SPM.
Perniagaan Amethriftstore agak unik; fokusnya di Instagram kerana sasarannya ialah remaja. Produknya pula ialah pakaian terpakai (bundle).
Kisah dua remaja ini sangat menginspirasikan. Apabila ingin mencari wang saku, mereka memulakan perniagaan di tepi jalan pada pertengahan Jun lalu.
Bisnes bermula sebaik saja PKP ditamatkan dan PKP Pemulihan diperkenalkan.
Berniaga di jalanan antara 6 petang hingga 12 malam ketika memulakan bisnes memang sesuatu yang mencabar.
Walaupun Amethriftstore menjual pakaian remaja dan dewasa semurah RM20 sehelai.
"Kami bermula dengan modal RM800 untuk membeli satu bale (guni) baju bundle" kata Iqbal.
Peritnya, kata Iqbal, untuk membanyakkan pilihan, Amethriftstore meningkatkan modal tambahan sebanyak RM2,400 untuk mendapatkan tiga guni baju terpakai.
"Sedikit malang, lepas bayar saja guni baru, PKP Bersyarat dikuatkuasakan dan bisnes kami terjejas kerana orang tidak gemar keluar ke jalanan dan waktu meniaga dihadkan hingga 10 malam," kata Iqbal.
"Live Streaming" Instagram
Apabila perniagaan di tepi jalan menjadi "sunyi" akibat PKP Bersyarat, Amethriftstore mula mengalami krisis lambakan ratusan helai pakaian.
Selama tiga bulan meniaga di Instagram dengan posting foto-foto baju jualan - bisnes sangat perlahan.
Setelah tiga bulan berjualan termasuk pendapatan ketika meniaga di jalanan, keuntungan hanya sekitar RM500.
Satu angka yang perit selepas tiga bulan berniaga.
"Tapi kami tak putus asa, kami beranikan diri dan memilih cara menjual "live" di Instagram," kata Iqbal.
Konsep jualan Amethriftstore juga segera diubah. Fokusnya kini, menjual secara "tokol" (pakej enam ke 10 helai pakaian dalam satu ikatan plastik telus).
"Pelanggan mempunyai pilihan dengan membayar hanya RM60 ke RM100 dan mendapat lebih banyak pakaian," katanya.
Walaupun produk Amethriftstore berbaloi antara kuantiti, kualiti dan harga, masalah utama "live" ialah mendapatkan trafik pembeli.
Lebih 400 rakan-rakan Instragram Amethriftstore adalah kenalan remaja dan pengikut sebaya.
"Walaupun murah, poket remaja sangat terhad. Kami bertemu dengan penonton yang sama setiap kali bersiaran tiga kali seminggu," katanya.
Trafik yang statik menyebabkan kuantiti jualan sangat perlahan.
"Nak jual satu tokol pun susah," kata Iqbal.
Kolaborasi trafik sebagai perkongsian strategik
Semangat dan konsep perniagaan Amethriftstore secara "live" di Instagram sangat menakjubkan. Cuma trafiknya kecil.
Secara berani, Iqbal menghubungi Garasi TV yang memiliki trafik pengikut melebihi 58 ribu.
Dua anak muda ini meminta peluang tampil mempromosi produk mereka dan meminta Garasi TV berkongsi aliran trafik pembeli.
Konsep berkongsi trafik dengan memindahkan 58,000 rakan (follower) Garasi TV ke Instagram Amethriftstore satu usaha kolaborasi.
Ini usaha membantu Amethriftstore mendapatkan trafik berkuasa beli "dewasa" dari komuniti Facebook untuk disalurkan ke Instagram mereka.
Konsepnya bagi mendapatkan trafik dewasa dan meningkatkan lagi daya jualan.
Konsep saling membantu berkongsi trafik amat mudah.
Bagi memulakan konsep perkongsian trafik, Iqbal muncul sebagai tamu di Garasi TV.
Selain 30 minit ditemu bual mengenai perjuangannya menjadi peniaga bundle pada usia 18 tahun, produk Amethriftstore turut dipromosikan.
Tiga tokol pakaian RM60 serta 10 pakaian gred pilihan berharga antara RM80 hingga RM250 berjaya dijual.
Amethriftstore berjaya mendapatkan jualan RM1,200 dalam tempoh 30 minit.
Selain menerima 300 pengikut baharu dari Facebook Garasi TV ke Instagram mereka melalui kempen peralihan trafik.
"Sejak itu, setiap kali live, kami menerima ramai pembeli baharu dari trafik Garasi TV," kata Iqbal.
Dalam dunia "live streaming", jualan langsung akan memberikan lebih opsyen kepada pembeli.
Interaksi "live" menjadi lebih aktif dan berkomunikasi secara langsung dengan penjual membuatkan pembeli lebih selesa untuk membida atau memastikan detail pakaian yang dipaparkan.
Live streaming dengan konsep soal jawab secara langsung serta pameran produk jualan meluaskan lagi mood menonton.
Live streaming lebih interaktif untuk memacu perniagaan baharu di platform media sosial.
Malah, memberikan lebih nilai komunikasi dan promosi berbanding "post and park" gaya lama.
Poster atau foto kini sudah dianggap mumia media.
Selamat maju jaya Amethriftstore!
__________________________________________________________________________________
* Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Nov 23 2020
Kegilaan pada pengaruh angka "likes" boleh dianggap seperti menerima kertas tunai tanpa nilai. Kerana bisnes sebenar dalam Facebook mestilah bersifat tingkatan jualan berdasarkan kuasa promosi. - Gambar Fail
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
Pusat beli-belah di ibu kota jadi tumpuan ramai menjelang Krismas
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.