(Digital bukan sekadar migrasi. Tetapi ia mentaliti berkaitan sikap mahu berubah!)
Tony Fernandez menyimpan impian memiliki syarikat tambang murah kerana pengalaman bersama ibunya. Dua peristiwa masa kecil mengajarnya: "Alangkah baiknya kalau ada penerbangan tambang murah di Malaysia."
Kejadian pertama pada 1977 ketika masih kanak-kanak dan belajar di Kolej Epsom di England.
"Saya bersekolah di England. Ayah hantar ke London ketika berusia 12 tahun. Satu hari saya ke lapangan terbang dan terus menghubungi ibu di Malaysia.
"Ketika itu tidak ada telefon bimbit. Saya gunakan telefon awam dan bertanya pada ibu untuk balik ke Malaysia semasa cuti penggal. Ibu menjawab tidak boleh kerana tiket penerbangan terlalu mahal."
Menurut Tony, ketika itulah pertama kali dia terfikir: satu hari nanti, perlu ada syarikat penerbangan miliknya sendiri.
Selain itu, semasa kecil Tony sering menemani ibunya ke merata tempat kerana perniagaan Tupperware.
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Ini bagi memastikan peniaga kecil memiliki peluang mengurangkan kos penerbangan, sesuai dengan saiz keuntungan yang kecil.
Setelah dewasa dan kembali ke Malaysia pada usia 27 tahun, Tony menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Pada 1992 sehingga 2001, Tony aktif dalam industri muzik.
Cuma, mentaliti migrasi telah mengubah haluan hidup Tony. Dunia muzik memberikan dirinya pengalaman yang luas dalam strategi perniagaan. Tetapi dirinya perlu berhijrah.
Tony genius dalam bidang pemasaran dan strategi penjenamaan. Pada 2001, Tony meninggalkan Warner Music dan merantau ke Virgin Air mencari pengalaman.
Pada 2004, dengan membeli lesen syarikat penerbangan yang bermasalah, Tony memulakan bisnes Air Asia dengan risiko yang cukup besar.
Selain mengambil alih syarikat yang dibebani hutang RM40 juta, Tony tidak gentar memulakan perniagaan ketika negara berdepan krisis kemelesetan ekonomi.
Mentaliti berani dan keyakinan pada perubahan, membuatkan Tony sanggup menggadai rumahnya bagi memulakan bisnes AirAsia dengan modal tunai RM1 juta.
Itu kisah Tony. Kaitannya dengan topik migrasi digital hanya satu sahaja. Tony menjadikan AirAsia syarikat tambang murah dengan mendigitalkan semua proses pembelian tiket, pendaftaran masuk serta servis tempahan bagasi.
Kini, Tony bukan saja taikun penerbangan. Malah, dalam dua tahun mutakhir ini, perniagaannya beralih pantas ke bidang perkhidmatan aplikasi digital.
(Ketika rencana ini ditulis, AirAsia antara syarikat penerbangan yang terjejas teruk. Namun, berbanding puluhan syarikat penerbangan gergasi dunia yang menuju muflis, AirAsia bertahan dan mengalihkan sayap perniagaan dengan fokus ke segmen perdagangan di paltform digital)
Ketika dua dekad era puncakya, pencapaian dan daya saing AirAsia amat mapan dan diiktiraf sebagai jenama penerbangan tambang murah nombor satu dunia.
Tony sedar, perniagaan menyediakan aplikasi servis digital satu penerokaan baharu yang mesti disertainya.
Servis digital model AirAsia kalau mahu terus kekal relevan, mesti dikembangkan sebagai pemacu utama perkhidmatan digitalisasi.
Kisah Sabri Suby dan bisnes digital dalam garaj
Lelaki terkaya dunia dan pemilik Amazon, Jeff Bezos yang memulakan perniagaan digital dari dalam garaj pada 1994.
Itu aspirasi kepada Sabri Suby yang turut memilih konsep berniaga secara digital dengan platform internet sebagai aset memulakan bisnes.
Sabri Suby belajar pengalamam Bezos yang memulakan Amazon.com dari dalam garaj. Selepas 25 tahun, Amazon kini bernilai RM670 bilion.
Pada 1994, ketika demam dotcom melanda dunia, Bezos memahami konsep realiti bisnes digital. Tidak perlu pejabat besar, dekorasi mewah dan pekerja.
Amazon diasaskan sebagai pusat perniagaan online dengan keutamaan pada aplikasi digital.
Selepas dua dekad era gemilang Bezos dan Amazon, sejarah berulang lagi.
Kemunculan anak muda Australia, Sabri Suby sekali lagi merintis jalan sama. Lima tahun lalu, tidak siapa pun mengenali jenama King Kong.
Sabri kelahiran Sydney memulakan bisnes pada 2014 dengan menyediakan platform urusniaga pemasaran digital khusus buat peniaga Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).
Jenama King Kong tidak dilancarkan secara gah. Bisnes digital Sabri hanya memerlukan garaj kecil, laptop dan internet.
Selebihnya, idea kreatif untuk membantu usahawan PKS Australia mencipta potensi pemasaran melalui kaedah online.
Sabri muncul dengan teori pemasaran Godfather. Iaitu mengajar usahawan PKS mencipta penawaran servis yang tidak mungkin ditolak pembeli.
Antaranya, pelanggan boleh menikmati produk selama enam bulan secara percuma. Pelanggan hanya perlu membayar setelah berpuas hati selepas tempoh percubaan.
Teori Godfather dalam model King Kong bukan penipuan. Ini trend ciptaan Sabri dalam membina jenama berasaskan reputasi. Kaedah Godfather hanya akan disertai usahawan yang memiliki produk berkualiti.
King Kong mencipta jenama sendiri. Iaitu, pelanggan tidak dipacu iklan dan promosi melulu. Tempoh enam bulan percubaan percuma membuatkan pembeli yakin pada kualiti produk dalam King Kong.
King Kong mengatasi trauma kebanyakkan pembeli online yang kini mulai curiga dengan kualiti pembelian secara maya.
Banyak kes penipuan berlaku apabila produk tidak setara dengan janji promosi online.
Pelanggan mula mencari platform digital yang boleh diyakini dan ada keberanian untuk menawarkan komitmen yang tidak menipu pelanggan.
Teori Godfather Sabri dan platform King Kong mengalih perhatian pengguna. Ketika penipuan iklan maya mula mencipta trauma dalam bisnes digital - Sabri menawarkan khidmat memulihkan keyakinan pengguna.
Selepas empat tahun, King Kong diiktiraf sebagai jenama digital paling pesat berkembang di Australia. Malah, syarikat dalam garaj yang bermula dengan bermodalkan laptop dan internet itu, kini bernilai RM30 juta.
Potensi King Kong menjadi syarikat bernilai RM500 juta mampu dicapai dalam dua atau tiga tahun lagi.
Realitinya, Sabri menguruskan transaksi jual beli bernilai RM1.6 bilion. King Kong menawarkan 120 jenis produk jualan.
Kisah Tony, Beroz dan Sabri ialah realiti mentaliti. Tiga contoh peneroka digital ini, satu rujukan bagi ribuan syarikat dan jutaan pekerja yang masih terperangkap dalam krisis enggan bermigrasi.
Usahawan PKS masih membebankan diri dengan mendesak kerajaan menyediakan pinjaman besar bagi memiliki premis dan dekorasi mewah sebagai penjenamaan permulaan bisnes.
Ini mentaliti warisan kuno bagi peniaga yang tidak menyedari bahawa akses digital sudah mengubah semua kepercayaan karut itu.
Bagi syarikat gergasi pula, mimpi buruknya lebih teruk. Wujudnya kepercayaan bahawa kemuncak era perniagaan tradisional akan kembali lagi.
Pelamun ini hanyut dalam delusi palsu. Inilah penipuan dalam 'mimpi' yang paling teruk.
Seorang peniaga runcit masih membawa kertas kerjanya ke bank dan berusaha membina kabel politik untuk memudahkan pinjaman.
Impiannya mudah; dia ingin menjadikan rangkaian runcitnya setara Walmart.
Padahal, peruncit ini tidak sedar, Walmart yang ditubuhkan pada 1962 di Texas, Amerika Syarikat bukan lagi francais runcit gaya abad ke 20.
Walmart kini berubah menjadi pasaraya digital abad 21.
Apa digitalnya? Walmart mendigitalkan semua akses penstokan barangan jualannya bagi rujukan pembekal.
Apa itu penstokan digital? Tahukah anda setiap kilogram barangan yang dibeli di Walmart, pembekalnya akan terus mendapat infos.
Pembekal tahu lebih awal bila stok harus ditambah tanpa perlu diberitahu. Malah, pembekal tahu samada produknya laris atau tidak laku. Akses ini boleh dirujuk secara digital.
Ini menjadikan bisnes Walmart tidak ubah seperti premis meletakkan produk pembekal. Pemantau stok jualan antara Walmart dan pembekal kini berkomunikasi secara digital minit ke minit.
Selamat tinggal premis fizikal
Seorang pereka fesyen bermentaliti fizikal masih percaya pada mitos butiknya perlu ada di Pavilion atau KLCC sebagai simbol reputasi perrniagaan.
Ini sangat ironi. Pereka fesyen ini lupa, keluasan terhad premis fizikal serta beban sewaan ribuan ringgit per kaki persegi tidak akan mampu memaparkan semua jenis fesyen ciptaannya.
Sedangkan seorang pereka fesyen sambilan di Instagram boleh memuat naik koleksinya tanpa had. Malah, berpeluang menguji trend sambutan secara digital hanya dengan melihat respon likes dan komen komuniti maya.
Kaedah premis maya di platform digital lebih memudahkan. Tanpa kos sewaan, tanpa kos melantik agen kajian design dan tanpa kos menghasilkan pakaian yang belum tentu terjual, bisnes di premis maya lebih fleksibel.
Instagram membolehkan semua demand bisnes dilakukan secara efisien dan percuma.
Secara set minda, inilah mentaliti baru dalam keunikan migrasi digital.
Di negara ini, banyak syarikat gergasi dalam perniagaan tradisional masih enggan bermigrasi.
Ketika servis fizikal dan analog sudah dianggap kuno, ramai masih berdelusi. Mengharapkan era gemilang perniagaan konvesional akan kembali memuncak seperti tiga puluh tahun lalu.
Gergasi begini sedang menuju mati!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Nov 02 2020
Ketika servis fizikal dan analog sudah dianggap kuno, ramai masih berdelusi. Mengharapkan era gemilang perniagaan konvesional akan kembali memuncak seperti tiga puluh tahun lalu. - Gambar Fail
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh kerana syarat baharu Israel - Hamas
Tiada komen daripada kerajaan Israel mengenai kenyataan Hamas.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
Pusat beli-belah di ibu kota jadi tumpuan ramai menjelang Krismas
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.