SETELAH setahun lalu menulis mengenai krisis industri buku, kita lihat semula kesannya apabila berdepan krisis kemelesetan ekonomi akibat COVID-19.
Industri buku pasti berdepan krisis lebih teruk dan wujud potensi menuju kelumpuhan pertumbuhan terutama jumlah penerbitan judul, angka cetakan, dan kuasa pasaran serta daya beli.
Kita mesti mengakui, pada masa ini tiada petanda atau petunjuk wujudnya usaha serius dalam membina dan merancang kebangkitan industri perbukuan secara komprehensif.
Kita lihat semula angka dan data dalam industri serta "insight" yang real mengenai "jalan gelap yang menggeluti masa depan perbukuan negara".
Realiti tanggapan ini bermula dengan merujuk kepada nilai jualan buku yang dianggarkan RM800 juta setahun. Ini data bagi tahun 2017.
Sekali pun angka jualan ini nampak besar, tetapi itu bukan realiti sebenar.
Bagi industri perbukuan, nilai jualan itu tidak mendukung petunjuk positif. (Sejujurnya tiada data terperinci mengenai industri buku di negara ini terutama janaan pendapatan menyeluruh).
Justeru, relatif artikel ini merujuk pada logik tanggapan.
Pada 2017, sebanyak 17,123 judul buku diterbitkan. Jumlah itu melepasi 50 peratus sasaran Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sekiranya merujuk indeks standard satu peratus bagi per kapita 31 juta rakyat Malaysia, jumlah piawaian sebenar tahun 2017 ialah 31,000 judul.
Realiti julat pendapatan RM800 juta pula, kalau ditanggap secara ekonomi, jelas wujud kerugian sekitar 33 peratus lambakan buku tidak terjual setiap tahun.
Kalau ditanggap secara mudah, 17,000 judul dicetak pada kadar 3,000 salinan per judul dan dijual dengan harga purata RM20 senaskhah, nilai paling rendah ialah RM1.2 bilion.
Justeru, daya beli mengalami defisit dana RM400 juta. Maksud lainnya, setiap tahun, RM400 juta nilai buku dilempar ke dalam setor.
Sekiranya RM400 juta lambakan ini berlaku pada tempoh lima tahun, nilai buku dalam stor mencecah RM2 bilion.
Jadi, tidak hairanlah, stok buku dalam setor melebihi jumlah buku dalam rak perpustakaan seluruh negara!
Cabaran kemelesetan ekonomi Covid-19
Tahun ini 2020 - tahun keramat bagi industri perbukuan. Kuala Lumpur pada 1 April lalu diisytiharkan Kota Buku Dunia UNESCO.
Pastinya warga buku berbangga kerana ibu negara tersenarai sebagai Kota Buku Dunia Ke-20 dan tahunnya pula 2020.
Namun, pada masa sama sambutannya terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Sekali gus kepelbagaian kekangan akibat pematuhan pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tiga peringkat bermula 18 Mac lalu.
Namun, fokus artikel ini lebih merujuk pada realiti industri perbukuan negara sejak sedekad lalu.
Apabila sudah menjadi Kota Buku Dunia, kita perlu berusaha mencapai penerbitan satu peratus judul buku bagi purata penduduk mengikut standard UNESCO.
Ini bermakna 32,000 judul buku perlu diterbitkan. Sekali lagi, kalau jumlah itu didarab harga purata RM20 senaskhah, dengan 3,000 cetakan per judul, jumlah keseluruhan daya beli yang mesti diwujudkan ialah RM1.920 bilion.
Sekali lagi berbalik pada data daya beli sekitar RM800 juta setahun - akan wujud kelompongan RM1.120 bilion!
Keadaan ini akan lebih teruk pada tahun ini berikutan krisis ekonomi yang melanda negara akibat kesan COVID-19.
Angka penerbitan buku berpotensi jatuh ke paras 50 peratus judul. Angka jualan dijangka berada pada tahap kritikal.
Malah, tidak mustahil - banyak penerbit "gulung tikar" pada tahun yang sepatutnya meledakkan kebangkitan industri buku.
Pada masa ini, tiada sebarang langkah pemulihan, penyusunan strategi mahu pun langkah pemulihan dibuat bagi menyelamatkan industri buku.
Selain dana PENJANA yang diumumkan kerajaan yang turut menyenaraikan industri buku bagi kategori bagi dana kreatif.
Sebenarnya, industri buku perkara paling membosankan untuk diperbualkan.
Tahap bosan yang menyamai mentaliti majoriti rakyat Malaysia yang juga bosan membaca dan malas membeli buku.
Malah, forum ekonomi atau diskusi akademik mengenai masalah industri perbukuan juga sangat jarang dilakukan.
Meskipun 2020 ialah tahun KLWBC, fokus rencana ini melihat jauh mengenai apa yang berlaku sepuluh tahun lalu dan apa yang dirancang sedekad akan datang.
Apa lagi bagi melaksanakan Dekad Membaca Kebangsaan (DKM) 2021-2030. Kita masih meraba-raba melihat pelan induk DKM 2021-2030 terutama ekosistem kearah pembangunan industri buku.
Mustahil acaranya berbalik ke forum, seminar, baca puisi dan sekadar berbasa-basi. Buku bukan 10 pilihan utama keperluan hidup di negara ini.
Malah, buku bukan juga 10 topik utama untuk dibualkan. Sikap yang sama diwarisi pemimpin, pentadbir dan masyarakat.
Mitos instafamous
Pada masa ini terdapat banyak perbualan mengenai migrasi digital dalam industri perbukuan. Walaupun jalannya masih gelap dan kelam.
Hanya kerana wujud era digital, ada tanggapan mengenai perlunya digitalisasi perbukuan. Walaupun, kefahaman dan pelannya sangat mengelirukan dan samar.
Ramai yang percaya - migrasi digital adalah penyelamat industri buku. Teorinya betul, tapi praktikalnya naif. Wujud tafsiran, migrasi ke platform media sosial ialah melahirkan penulis instafamous.
Wujud teori, penulis kalau mencapai kelas selebriti - akan dikejar peminat hingga ke kilang cetak untuk mendapatkan buku dan autografinya.
Itu antara ideanya. Sedangkan realiti yang lebih teruk ialah angka penerbitan 32,000 judul buku masih jauh untuk dicapai.
Malah, wujud kelompongan RM1.120 bilion daya beli dalam industri buku. Ini gambaran secara ekonomi betapa kritikalnya keadaan industri ilmu cetak ini.
Realiti empat penulis
Penulis pertama memaklumkan telah menulis 350 judul buku dan 100 peratus ialah buku latihan peperiksaan. Itu fokus kerjayanya sejak 20 tahun lalu.
Purata pendapatan RM150,000 setahun. Total pendapatan tentulah RM3 juta bagi tempoh dua dekad yang dihitung dengan purata 17 buku setahun.
Alhamdulillah. Secara tanggapan, penulis ini telah menjadi jutawan walaupun semua pendapatannya dihitung bagi tempoh dua dekad menulis.
Tanggapan kejayaan ini satu realiti mudah berdasarkan pencapaian menerbitkan purata 17 buku setahun. Serta pendapatan royalti purata RM150,000 setahun.
Penulis ini tidak lagi menumpukan pada penulisan buku sastera atau ilmiah.
Tumpuannya hanya mengkaji dan sentiasa mengubah suai kandungan buku latihan Bahasa Malaysia.
Sasaran jualan ialah kepada calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penulis kedua pula, membelanjakan RM15,000 bagi menerbitkan sendiri tiga judul buku sasteranya. Jumlah cetakan pula hanya 1,000 buah per judul. Namun, pulangan jualan hanya sekitar RM1,500.
Selebihnya, buku yang tidak terjual akan disedekah kepada rakan-rakan atau pembaca. Atau akhirnya, dibiarkan saja mereput dalam bilik setor di bawah tangga.
Penulis ketiga, memberikan empat judul buku kepada empat penerbit berbeza.
Semuanya diterbitkan dan dicetak 1,000 naskhah. Sedihnya, jumlah keseluruhan royalti per buku hanya sekitar RM800.
Namun, tindakan itu dianggapnya pilihan terbaik berbanding menanggung kerugian sekiranya buku dicetak dengan kos sendiri.
Malah, niatnya menulis pun bukan kerana royalti. Seperti ribuan malaikat sastera yang lain, ramai penulis menulis demi kelangsungan sastera Melayu.
Malah, langkah menyerahkan manuskrip pada penerbit dianggap lebih bijak. Kerugian akan lebih besar sekiranya menerbitkan buku dengan kos sendiri.
Penulis keempat, lain pula kisahnya. Karyanya dijadikan buku teks SPM (2016-2020). Satu kebanggaan kerana cerpennya dijadikan bahan pembelajaran Komsas Bahasa Melayu.
Cuma realitinya, royalti yang dibayar penerbit hanya RM457 sahaja. Apabila ditanya, jawapan penerbit jelas dan mudah.
Walaupun buku teks Komsas dicetak lebih 150,000 naskhah, itulah saja royalti yang mampu dibayar.
Realitinya, buku dan penulis di negara ini sama malangnya dengan pelarian Rohingya. Nasibnya dikasihani namun pembelaan ini tidak dirancang.
Kita masih menanti wujudnya cetak biru model niaga bagi mengukuhman industri perbukuan negara.
Apa lagi ketika kita sedang dan bakal terus berdepan krisis ekonomi yang terburuk dalam tempoh 20 tahun.
Industri buku boleh lumpuh sepenuhnya kalau sekadar bergantung pada bisnes buku teks.
Bertabahlah penulis
Berdasarkan sejarah panjang industri perbukuan di negara ini, penulis telah membuktikan, malah terus membuktikan, mereka sentiasa tabah.
Tanggungjawab menulis terus dilaksanakan demi kelangsungan sastera dan bahasa. Itu perjuangan demi bangsa dan negara.
Sama ada nasib penulis seperti pelarian Rohingya atau mangsa aparteid, buku demi buku tetap dihasilkan.
Karya besar tetap wujud pada setiap dekad. Walaupun purata buku berkualiti sangat terhad dihasilkan secara tahunan.
Penulis masih menulis dengan semangat yang tegar walaupun hakikatnya menulis buku tidak menghasilkan pendapatan profesional.
Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Aug 10 2020
Berdasarkan sejarah panjang industri perbukuan di negara ini, penulis telah membuktikan, malah terus membuktikan, mereka sentiasa tabah. - Gambar Fail
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Tony Fernandes sang pemberani
Tony ada sisi lain yang menarik; kreativiti bisnes dan sikap tegarnya dalam mendapani cabaran peniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
KLWBC 2020: Menulis momen yang tidak tertuliskan
Sekadar bacaan melihat "betapa sunyinya momen sastera di tengah bencana."
KLWBC 2020: Seputar isu pembunuhan wartawan
Memang benar kata Iwan Fals. Sesiapa saja boleh membunuh wartawan. Namun, itu tidak bererti kebenaran dihapuskan!
KLWBC2020: Mengisi sastera dengan isu miskin bandar
Isu nasional yang sejak empat tahun lagi menjadi kata kunci utama apabila kita bercakap mengenai naratif baharu krisis kemiskinan di Malaysia.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
Mengenang penyair hebat T Alias Taib
Kami lalui hari-hari yang penuh dengan gebang sastera dan wanita, namun sikap baiknya yang mengaspirasikan saya.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Buku Alam Pak Anjang Pencinta Alam
KLWBC 2020: Buku Alam Pak Anjang Pencinta Alam