Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun menegaskan, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster tersebut.
Menurut beliau, sejumlah 5,645 orang telah disaring dalam Kluster Sivagangga yang kini menjangkiti 45 individu.
Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
1. Kedah (4,154 disaring):
- 31 kes dikesan positif COVID-19;
- 4,112 individu negatif; dan
- 11 individu masih menunggu keputusan.
2. Perlis (1,223 disaring):
- 11 kes dikesan positif COVID-19;
- 681 individu negatif; dan
- 531 individu masih menunggu keputusan.
3. Pulau Pinang (268 disaring):
- 3 kes dikesan positif COVID-19;
- 243 individu negatif; dan
- 22 individu masih menunggu keputusan.
"Kluster ini juga tidak melaporkan kes baharu, justeru kes positif COVID-19 kekal lima kes," katanya.
Daripada jumlah selebihnya:
- 123 individu negatif; dan
- 52 individu masih menunggu keputusan.