Ketua Pemasaran BLACKMORES Malaysia dan Singapura, Chloe Meng berkata, pihaknya menawarkan pelbagai suplemen yang berkesan dan selamat agar pengguna meraih tahap kesihatan optimum.
“Kini pengguna lebih proaktif dalam menjaga kesihatan. Mereka mencari produk yang menyokong kesejahteraan jangka panjang dan berkualiti.
“BLACKMORES menjalani lebih 30 ujian kualiti untuk memastikan suplemen kami berkesan dan selamat untuk pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI sempena pelancaran Hari Jantung Sedunia 2024 dirasmikan Pengerusi IJN Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Aeon Mall Shah Alam pada Sabtu.
Chloe menambah, sejak penubuhan BLACKMORES pada 1932, mereka komited meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan jantung dan langkah bagi memastikan tubuh badan sihat.
“Dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kita galakkan pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3 termasuk DHA dan EPA kerana ia bantu mengurangkan trigliserida,” ujarnya.
Objektif BLACKMORES yang ingin memenuhi keperluan sokongan imun dan kesihatan mental dilihat bertepatan dengan seruan Dr Noor Hisham yang bimbang dengan gaya hidup tidak sihat.
“Kita patut fokus bukan hanya rawatan tapi perlu tumpu kepada pencegahan dan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti inilah salah satu usaha dilakukan IJN,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media selepas sambutan berkenaan.
Susulan itu, beliau berharap pihak berkaitan meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan bukan hanya tertumpu kepada fizikal badan yang sihat tetapi ia termasuk penjagaan mental yang menyumbang 30 peratus dalam aspek kesihatan.