PUTRAJAYA: Selepas beberapa kali gambar disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan memfailkan saman terhadap sebuah premis perniagaan jeli dan teh herba traditional Cina.
Menerusi hantaran di laman sosial, Dr Noor Hisham yang juga digelar Panglima Perang COVID-19 itu berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
"Saya tiada pilihan selain membawanya ke mahkamah. Berapa banyak (jumlah) yang anda fikir saya patut menyaman mereka?" tulisnya pada Sabtu.
Ujar beliau, tindakan itu sebagai suatu pengajaran kepada pihak yang memanipulasi gambar dan kedudukannya tanpa kebenaran.
"Sekurang-kurangnya jika saya menang, saya boleh berkongsi kemenangan dengan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Dr Noor Hisham mendakwa, tindakan salah dan taktik pemasaran yang dibuat premis tersebut adalah bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
"Ini adalah satu lagi pemasaran yang tidak bertanggungjawab, menggunakan nama saya dan gambar oleh syarikat berkenaan bertujuan untuk menipu orang ramai," katanya sambil menyifatkan ia perbuatan yang memalukan.
Sebelum ini Dr Noor Hisham antara figura yang menjadi tumpuan di seluruh dunia berikutan kepimpinan beliau menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Masyarakat dunia meletakkan beliau sebaris dengan saintis terkemuka China Dr Zhong Nanshan.
Populariti itu mendorong pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi nama beliau tanpa kebenaran dengan pelbagai tujuan.
Antara yang dilaporkan adalah berita palsu berkaitan dengan prosedur rawatan mata di hospital.
Selain itu, syarikat perlombongan turut didakwa menggunakan nama dan gambar Dr Noor Hisham kononnya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).
Dr Noor Hisham bagaimanapun menafikan penglibatan dirinya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 22 2023
Dr Noor Hisham sebelum ini merupakan antara figura yang menjadi tumpuan seluruh dunia berikutan kepimpinan beliau menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya tagih peruntukan bina semula rumah
Mangsa kebakaran besar yang memusnahkan 700 buah rumah di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas Tawau berharap peruntukan RM10 juta bagi bina kembali kediaman mereka dapat disalurkan segera.
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
Malaysia pacu inisiatif AI pada kadar paling pantas - PM Anwar
Kecerdasan buatan (AI) mengubah pendidikan, perkhidmatan kesihatan, blok rantai dan Malaysia menggerakkan inisiatif AI pada kadar yang paling pantas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews #WEF25
#AWANInews #WEF25
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bermula Februari ini
Agihan bulanan berjumlah rm300 akan dilancarkan secara berperingkat dan memanfaatkan sekitar 100,000 penerima dalam kelompok miskin dan miskin tegar.
Sampah punca longkang tersumbat, banjir kilat
Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegur sikap segelintir pihak yang membuang sampah ke dalam longkang sehingga mengakibatkannya tersumbat sekaligus jadi punca berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
JKPK ASSP Kagum Kemajuan Sarawak Dalam Teknologi Hidrogen
Pengerusi JKPK ASSP, Datuk Ahmad Amzad Mohamed, menyatakan kekaguman dan keterujaannya melihat perkembangan pesat wilayah ini dalam meneroka potensi teknologi hidrogen, satu bidang yang mana Sarawak kini berada jauh di hadapan.
Ops DUN: Jangan campur tangan siasatan SPRM - Masidi
Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang komen berhubung proses siasatan agensi penguatkuasa itu boleh dilihat sebagai satu campur tangan dan ia tidak sepatutnya berlaku.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.