KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, beliau kembali
bertugas di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.
Dalam catatan di akaun Facebook peribadinya pada Selasa, Dr Noor Hisham berkata, beliau akan memberikan khidmatnya di blilik pembedahan pada setiap hari Isnin.
Sementara, pada setiap hari Selasa pula, beliau akan memberikan konsultansi di klinik.
"Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa. Insya-Allah," tulis beliau dalam hantaran di akaun Facebook itu.
Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Institute Endokrin berkenaan meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil merangkumi Unit Rawatan Rapi ICU (dewasa 10 katil, pediatrik 8 katil) serta Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi).
Tidak ketinggalan, jelas beliau, terdapat empat Dewan Bedah telahpun mula beroperasi pada minggu lepas.
Dr Noor Hisham bersara wajib sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 19 April lalu selepas 35 tahun mencurahkan khidmat dalam sektor kesihatan awam negara.
Beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 dan sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik COVID-19.
Bahkan, Dr Noor Hisham disifatkan oleh rakyat Malaysia sebagai 'wira' rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.
Astro Awani
Wed Oct 04 2023

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, beliau kembali bertugas di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya. - Gambar Facebook Dr Noor Hisham Abdullah

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.