KUALA LUMPUR: Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kaedah itu dapat mengurangkan harga ubatan dan peralatan kesihatan sekali gus membantu mengurangkan kos rawatan kepada pesakit.
"Kita lihat negara-negara Kesatuan Eropah (EU), di Timur Tengah dan juga negara-negara Afrika, mereka menggunakan kaedah ini (perolehan secara pukal). Kita di sini ada platform...platform ASEAN ini adalah platform yang amat baik dan kalau boleh digunakan memang terbaik untuk kita dapatkan kerjasama padu daripada negara-negara ASEAN.
"Perbincangan dari segi tanda aras contohnya ubat-ubatan dengan negara-negara lain (ASEAN) semua sudah bincang. Tapi sekarang kita nak eratkan lagi kerjasama dari segi pelaksanaan perolehan secara pukal. Ini mungkin satu cara untuk kita kurangkan kos rawatan dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Jendela Fikir terbitan Bernama Radio hari ini.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata dalam memperoleh vaksin ketika dunia dilanda pandemik COVID-19 tidak lama dahulu, EU yang terdiri daripada 30 negara hanya diwakili oleh satu pihak sahaja untuk berurusan dengan pihak pengeluar vaksin.
"Dalam perolehan vaksin di EU, ia tidak benarkan negara-negara EU itu untuk berurusan dengan syarikat. Hanya seorang sahaja wakil EU yang mewakili 30 negara. Jadi kuasa membeli 30 negara itu amat kuat. Jadi bila jumlah tinggi kita boleh turunkan harga dan penghantaran vaksin yang cepat.
"Untuk ubat-ubatan, di Timur Tengah dan juga Afrika, mereka telah jalankan pembelian secara pukal," katanya.
Bahkan katanya di Malaysia sendiri kaedah tersebut telah terbukti berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
"Kalau lihat Kementerian Kesihatan (KKM) tahun lepas sudah melaksanakan perolehan secara pukal melibatkan KKM, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertahanan. Kita kenal pasti 82 ubat-ubatan untuk perolehan secara pukal iaitu kita dapat jimatkan hampir RM179 juta.
"Sebelum ini setiap kementerian beli asing, jadi kos meningkat. Tapi bila beli secara pukal kita dapat jimat RM179 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Dr Noor Hisham berkata, kaedah terbabit dapat mengurangkan harga ubatan dan peralatan kesihatan sekali gus membantu mengurangkan kos rawatan kepada pesakit. - Gambar fail/Bernama
SPRM tahan reman ketua kaum, salah guna wang pampasan RM455,000
Seorang ketua kaum di Sarawak ditahan reman selama lima hari oleh SPRM kerana disyaki menyalahgunakan wang pampasan penduduk rumah panjang berjumlah kira-kira RM455,000.
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya tagih peruntukan bina semula rumah
Mangsa kebakaran besar yang memusnahkan 700 buah rumah di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas Tawau berharap peruntukan RM10 juta bagi bina kembali kediaman mereka dapat disalurkan segera.
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
Malaysia pacu inisiatif AI pada kadar paling pantas - PM Anwar
Kecerdasan buatan (AI) mengubah pendidikan, perkhidmatan kesihatan, blok rantai dan Malaysia menggerakkan inisiatif AI pada kadar yang paling pantas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews #WEF25
#AWANInews #WEF25
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bermula Februari ini
Agihan bulanan berjumlah rm300 akan dilancarkan secara berperingkat dan memanfaatkan sekitar 100,000 penerima dalam kelompok miskin dan miskin tegar.
Sampah punca longkang tersumbat, banjir kilat
Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegur sikap segelintir pihak yang membuang sampah ke dalam longkang sehingga mengakibatkannya tersumbat sekaligus jadi punca berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.