Kesemua mereka tiba pada jam 9.10 pagi menaiki trak.
Setakat ini ahli keluarga enam rakyat Malaysia itu masih belum kelihatan.
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita popular Kelantan antara enam individu yang dipercayai ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Kesemua suspek yang ditahan juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Enam suspek itu kemudian ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan. - Sinar Harian