KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada tahun ini antara lain akan memfokus kepada usaha membantu usahawan desa kategori piko meningkatkan hasil jualan masing-masing.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini supaya kelompok yang merangkumi 84 peratus daripada keseluruhan usahawan di bawah kementerian itu dapat mengubah nasib mereka daripada hanya berstatus sara diri kepada usahawan sebenar.
"Jadi, perkara begini yang harus diselaraskan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia, pihak Baitumal, Pusat Pengagihan Zakat dan lain-lain supaya kita dapat lihat keberkesanannya.
"Kita juga akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu usahawan kecil ini supaya mereka menjadi usahawan sebenar dan bukan hanya sara diri, supaya benar-benar jadi usahawan mikro," katanya pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Pemukiman KKDW di sini hari ini.
Usahawan yang memperoleh hasil jualan di bawah RM60,000 dikategorikan sebagai piko diikuti nano (RM60,000-RM150,000) dan mikro (RM150,000- RM300,000).
Ahmad Zahid juga berkata antara lain, bengkel itu memutuskan bahawa setiap program keusahawanan rentas agensi akan diselaras bagi mengelakkan pertindihan.
Beliau berkata KKDW tidak akan bekerja secara silo dalam memastikan program ekonomi di kira-kira 15,000 kampung seluruh negara dengan peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi setiap kampung dilaksanakan secara berkesan.
Bengkel pemukiman itu, katanya, telah merumuskan sebanyak 62 cadangan program yang bersandarkan enam fokus utama iaitu Ekonomi dan Keusahawanan; Pengukuhan Tadbir Urus serta Kemampanan Agensi dan Anak Syarikat; Pendidikan, Infrastruktur dan Teknologi; Kepimpinan Desa serta Tatakelola dan Sistem Penyampaian.
Ahmad Zahid berkata sudut pandang dan hasil perbincangan sesi pemukiman itu akan membantu KKDW dalam pelaksanaan strategi yang menjadi pemangkin pembangunan desa sejajar Aspirasi Desa MADANI.
Beliau berkata semua cadangan akan dibawa kepada Jemaah Menteri minggu depan bagi pelaksanaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media mengenai hala tuju strategik KKWD ketika hadir pada program Bengkel Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.
Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
RISDA cadang tubuh tabung perkasa komuniti pekebun kecil getah
RISDA akan mencadangkan kepada KKDW penubuhan tabung khas bagi memperkasakan kemakmuran lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.
KKDW sasar 1,200 peserta terima manfaat program Pendigitalan Usahawan Desa tahun ini
RM1.7 juta diperuntukkan bagi memberi pendedahan kepada usahawan desa untuk beralih kepada teknologi baharu dan digital.
KPKM rancang jadikan Orang Asli penggerak tanaman durian berskala besar - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam perancangan menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai antara penggerak utama bagi penanaman durian berskala besar di negara ini.
Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports
Sebuah institusi TVET di bawah KBS dan KKDW akan 'diubah wajah' dan dijadikan pusat latihan TVET sukan elektronik atau e-sports.
KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini
Rubiah berkata, ia berdasarkan sambutan baik masyarakat setempat terhadap program tersebut yang diadakan di tiga lokasi tahun lepas.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.