MELAKA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sebanyak 1,200 usahawan desa seluruh negara dilatih dan menerima manfaat menerusi penganjuran Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) pada tahun ini.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata kementerian itu juga memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal kepada usahawan desa untuk beralih kepada teknologi baharu dan digital.
"PPU di bawah Program Desamall ini adalah inisiatif tambahan yang dilaksanakan kementerian untuk merapatkan jurang digital dengan membantu usahawan desa meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
"Kita menyasarkan pendapatan usahawan ini meningkat antara 10 hingga 30 peratus selepas tempoh setahun memasarkan produk dalam talian," kepada pemberita selepas merasmikan PPU Siri Dua Zon Selatan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini semalam.
Che Murad Sayang berkata menerusi PPU tersebut, peserta diberi kursus atau latihan secara praktikal untuk membolehkan usahawan desa mendigitalkan perniagaan mereka menerusi pemasaran perniagaan secara dalam talian.
Beliau berkata pelaksanaan PPU pada tahun ini melibatkan lima siri jelajah meliputi Perlis pada Julai, Sarawak (Ogos), Pahang (September) dan Sabah (Oktober) termasuk siri kedua di Melaka dan yang pertama pada Februari lepas di Kota Damansara, Selangor.
"Kesemua usahawan yang dipilih menyertai program ini adalah daripada agensi KKDW antaranya Majlis Amanah Rakyat (Mara), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Felcra Berhad (Felcra), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata menerusi pelaksanaan PPU itu juga, ia memudahkan usahawan desa mengadaptasi dan menceburi bidang perniagaan secara dalam talian melalui 12 modul dengan kerjasama 25 rakan strategik kementerian.
"Program ini akan diadakan dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti pendigitalan kewangan, perkhidmatan Internet, platform e-dagang dan penghasilan kandungan," katanya.
Pada majlis itu beliau turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pentadbiran Desamall dan rakan strategik PPU yang baharu iaitu Lalamove, Dattle dan Beez.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
![KKDW sasar 1,200 peserta terima manfaat program Pendigitalan Usahawan Desa tahun ini KKDW sasar 1,200 peserta terima manfaat program Pendigitalan Usahawan Desa tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592913340_TBOnlineShopping.jpg)
PPU di bawah Program Desamall ini adalah inisiatif tambahan yang dilaksanakan kementerian untuk merapatkan jurang digital dengan membantu usahawan desa meningkatkan produktiviti dan kecekapan. - Gambar hiasan
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721222055_ZahidHamidi.jpg)
Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
![Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739517569_tbAzizanOsman.jpg)
Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.
![NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736509113_TBNADI.jpg)
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
![Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591156140_ArtificialIntellige.jpg)
Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.
![Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729925507_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
![Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734446613_anakanakGISBHdi.jpg)
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
![Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734434488_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.
![Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733743862_tbkhairulaming.jpg)
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
![Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733489548_Taaveekun.jpg)
Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.
![China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733415452_ChinaMalaysia.jpg)
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.