KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mencadangkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) penubuhan tabung khas bagi memperkasakan kemakmuran lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.
Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, cadangan tersebut merupakan langkah strategik dalam mendepani pelbagai isu antaranya pemilikan tanah yang terhad, kos operasi tinggi, perubahan iklim, ketidakstabilan harga pasaran dan kekurangan tenaga kerja yang memberi kesan kepada usaha kerajaan meningkatkan produktiviti getah negara.
"Cadangan penubuhan tabung khas ini akan diperhalusi Ahli Pihak Berkuasa RISDA dengan memastikan keuntungan tahunan dijana syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pemegang saham melalui 30 peratus dividen malah turut akan memberi manfaat secara langsung kepada komuniti pekebun kecil getah," menurut kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, penubuhan tabung yang bakal direalisasikan itu juga akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup pekebun kecil selaras dengan aspirasi Desa MADANI seperti dihasratkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pada tahun ini, RISDA diberikan kepercayaan dalam memperkasa komuniti pekebun kecil getah melalui Belanjawan MADANI melibatkan peruntukan RM676 juta dengan RM411 juta bagi melaksanakan program pembangunan pekebun kecil getah manakala RM265 juta bagi Program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Mengenai lawatan kerja ke projek usahawan bimbingan Risda di Sik, Kedah pada Jumaat lepas, Manndzri telah melawat usahawan bidang kraftangan Mohd Rizal Musfata, 47, yang memulakan perniagaannya pada 2018.
Mohd Rizal merupakan pekebun kecil RISDA yang menerima bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM10,000 pada 2021 dan RM5,000 pada 2022 serta mengikuti kursus pembangunan keusahawanan melalui bidang pelabelan yang membantu perniagaannya dari sudut peningkatan kualiti produk selain membina jaringan pasaran yang lebih meluas.
Dalam kenyataan sama, Mohd Rizal merakamkan ucapan pengharagaan kepada KKDW dan RISDA atas bantuan dalam menaik taraf perniagaannya sehingga mampu meraih pendapatan keseluruhan lebih RM60,000 pada tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Manndzri (dua dari kanan) bergambar dengan barisan produk kraf tangan kayu yang dihasilkan Mohd Rizal (tiga dari kanan). - Gambar Sinar Harian
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.

RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.

Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.

Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.

11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.

Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.

PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.