Kerajaan negeri memutuskan tidak melanjutkan perkhidmatan 16 ketua jabatan yang tamat kontrak serta tempoh peminjaman mereka pada 31 Mei.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ketua jabatan terbabit termasuk Pengurus Besar, Perbadanan Ketua Menteri, Datuk Ab Rahman Ismail dan Pengurus Besar, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Datuk Hasnoor Sidang Husin.
"Ketua-ketua jabatan lain ialah Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem), Mustafa Musa; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Husin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Shadan Othman; Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka, Nazary Ahmad.
"Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka, Badrul Hisham Badruddin; Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Mohd Salleh Jusman; Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Datuk Isnin Aman; Pengurus Besar Melaka Taming Sari, Ali Kasmin," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd, Zainal Abidin Ismail; Pengurus Besar Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul; Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini Sdn Bhd, Ishak Dalib dan Pengurus Maim Bentara Security Sdn Bhd, Mohd Sham Dali turut ditamatkan kontrak.
Perkembangan ini susulan kenyataan Adly pada Rabu bahawa lapan jabatan serta unit di bawah Jabatan Ketua Menteri serta jabatan-jabatan lain akan dimansuhkan.
Sinar Harian
Fri Jun 01 2018

Pada Rabu, Adly berkata, lapan jabatan serta unit di bawah Jabatan Ketua Menteri serta jabatan-jabatan lain akan dimansuhkan. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.

Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.

Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.

Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.