Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, berdasarkan penilaian ancaman yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan, kawasan perairan itu kekal bebas dan terbuka untuk komuniti maritim.
Beliau menjelaskan, laporan berhubung kehadiran aset maritim China di sempadan maritim negara adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai republik itu dan bukannya kapal perang tenteranya.
"Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.
"Kementerian Pertahanan bagaimanapun kekal komited melaksanakan amanah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan aset pertahanan negara berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman di perairan maritim negara, terutama di Laut China Selatan," katanya pada sesi soal jawab.