KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki tersebut ditahan jam 2.45 petang Selasa di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhnya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Media sebelum ini melaporkan, anak perempuannya yang berusia 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan, Seremban pada 22 Februari 2022.
Lelaki itu mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian dan memulakan tindakan mahkamah.
Sementara itu, peguam pemerhati keluarga bayi berkenaan, Hafiz Norkhan menafikan wang kutipan itu digunakan bagi memulakan kerja untuk mewakili kes dikendalikan.
Menurut Hafiz, dia sendiri tidak mengetahui namanya digunakan bagi tujuan tersebut.
Jelasnya, dia hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain, sebelum bertindak membuat laporan polis berkenaan isu itu.
Astro Awani
Wed Jul 10 2024

Lelaki tersebut ditahan jam 2.45 petang Selasa di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. - Gambar hiasan

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000
Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar.

Pakej pelancongan Seoul: Kim Seri mohon maaf, polis terima 5 laporan
Kim Seri tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan memulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.

Ejen unit amanah bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan tipu, palsu dokumen
Seorang ejen unit amanah bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menipu Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).

Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran
Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, kerana memperdayakan seorang guru sandaran tidak terlatih.

Buruh dipenjara 21 tahun, 14 sebatan, tipu skim bantuan e-Kasih tidak wujud
Mahkamah diberitahu, tertuduh menyasarkan golongan warga emas sebagai mangsa, termasuk peniaga dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Ipoh.

Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Kes tipu: Lelaki warga emas ditahan, mangsa rugi RM120,000
Terlibat dalam kes penipuan urusan tawaran pelaburan projek tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM120,000.

Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.