MELAKA: Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, kerana memperdayakan seorang guru sandaran tidak terlatih untuk menyerahkan sejumlah wang sehingga kerugian lebih RM30,000 tujuh tahun lepas.
Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan hukuman itu selepas Muhammad Anuar Mat Zin, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan itu serta mengarahkan penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Anuar yang ketika itu bertugas di Bahagian Sumber Manusia JAIM telah memperdayakan Mohd Zulhilmi Ismail untuk mempercayai bahawa resit rasmi penerimaan balik emolumen IPT, elaun bantuan sara hidup (COLA) dan Elaun Khidmat Awam (EKA) kerana peletakan jawatan dengan jumlah bayaran RM30,749.88 adalah tulen.
Perbuatan yang dilakukan pada 3 hingga 8 Nov 2017 itu telah mendorong Mohd Zulhilmi untuk menyerahkan wang berkenaan kepada tertuduh, yang tidak akan diserahkan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Muhammad Anuar yang kini berkhidmat di sebuah kolej matrikulasi di Johor didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, antara skop kerja tertuduh ketika itu ialah bertanggungjawab mengawal selia pegawai bawahan Unit PSM dalam menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan guru-guru agama bagi sekolah rendah dan menengah agama, hal berkaitan gaji, kontrak dan lain-lain.
Pada 27 Mei 2017, tertuduh telah menyediakan surat tuntutan bayaran balik gaji terlebih bayar dengan kaedah bayaran secara tunai dan resit rasmi Kerajaan Negeri Melaka kepada tertuduh dan tiga lagi guru sandaran tidak terlatih yang mendorong mereka menyerahkan wang tunai berjumlah keseluruhan RM154,884.40 kepada lelaki itu sedangkan bayaran terbabit tidak diterima oleh pihak JAIM.
Siasatan mendapati tertuduh telah membuat dan menandatangani surat tuntutan bayaran balik gaji terlebih bayar itu dan mengeluarkan resit rasmi Kerajaan Negeri Melaka.
Terdahulu, peguam Mohd Nazri Abd Hamid yang mewakili Muhammad Anuar merayu agar satu jumlah denda yang rendah dikenakan memandangkan anak guammya seorang bapa tunggal yang menanggung tiga anak berusia antara 9 hingga 15 tahun serta ibu bapanya.
Tertuduh juga katanya, hanya menerima separuh gaji dan sedang digantung tugas, serta berdepan risiko dibuang kerja.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali memohon satu bentuk hukuman denda antara RM50,000 hingga RM80,000 kerana tertuduh merupakan seorang penjawat awam dan kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana melibatkan dana awam dan jabatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Muhammad Anuar Mat Zin dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. - Gambar/ Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000
Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar.

Pakej pelancongan Seoul: Kim Seri mohon maaf, polis terima 5 laporan
Kim Seri tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan memulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.

Ejen unit amanah bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan tipu, palsu dokumen
Seorang ejen unit amanah bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menipu Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).

Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran
Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, kerana memperdayakan seorang guru sandaran tidak terlatih.

Buruh dipenjara 21 tahun, 14 sebatan, tipu skim bantuan e-Kasih tidak wujud
Mahkamah diberitahu, tertuduh menyasarkan golongan warga emas sebagai mangsa, termasuk peniaga dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Ipoh.

Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Kes tipu: Lelaki warga emas ditahan, mangsa rugi RM120,000
Terlibat dalam kes penipuan urusan tawaran pelaburan projek tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM120,000.

Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.