BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan urusan tawaran pelaburan projek tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM120,000 dalam kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki tempatan berusia 63 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini semalam.
"Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku di kawasan Queensbay, di sini dan mangsa telah menyerahkan RM120,000 secara tunai kepada lelaki tersebut berhubung urusan tawaran satu projek.
"Namun siasatan mendapati projek itu tidak wujud dan mangsa bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut, lelaki warga emas tersebut kini direman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata polis menahan dua lelaki berusia 25 dan 30 tahun kerana menjalankan kegiatan penipuan dalam urusan kutipan wakaf al-Quran tidak wujud dengan mempergunakan nama sebuah syarikat.
Kamarul Rizal berkata kedua-dua lelaki itu ditahan semalam susulan laporan polis di kawasan Sungai Korok berhubung kejadian penipuan membabitkan dua lelaki tempatan tersebut yang dipercayai mengaut keuntungan menerusi kegiatan itu.
Beliau berkata mereka ditahan dalam keadaan mencurigakan di persimpangan sebuah restoran di Teluk Kumbar dan polis turut merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk kegiatan tersebut.
"Antara yang dirampas ialah telefon bimbit, ves tertera nama syarikat, kad nama syarikat, cop nama, borang senarai pembeli al-Quran, buku resit dan buku informasi. Kami sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu," katanya.
Kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Lelaki warga emas itu terlibat dalam kes penipuan urusan tawaran pelaburan projek tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM120,000.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000
Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar.

Pakej pelancongan Seoul: Kim Seri mohon maaf, polis terima 5 laporan
Kim Seri tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan memulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.

Ejen unit amanah bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan tipu, palsu dokumen
Seorang ejen unit amanah bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menipu Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).

Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran
Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, kerana memperdayakan seorang guru sandaran tidak terlatih.

Buruh dipenjara 21 tahun, 14 sebatan, tipu skim bantuan e-Kasih tidak wujud
Mahkamah diberitahu, tertuduh menyasarkan golongan warga emas sebagai mangsa, termasuk peniaga dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Ipoh.

Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Kes tipu: Lelaki warga emas ditahan, mangsa rugi RM120,000
Terlibat dalam kes penipuan urusan tawaran pelaburan projek tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM120,000.

Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.