KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismahalil, 49, di akhir kes pendakwaan.
Muhammad Jamil, dalam penghakiman ringkasnya berkata mahkamah mendapati 22 paket dadah yang ditemukan dalam bilik tertuduh (Ismahalil) berada dalam kawalan dan jagaannya.
"Semasa serbuan di bilik itu, tertuduh sendiri mengambil beg, yang mengandungi dadah dari lantai dan memberinya kepada pegawai polis selepas ditanya sama ada terdapat barang salah.
"Kelakuan tertuduh yang mengambil sendiri beg itu dan dilihat berada dalam keadaan mencurigakan menunjukkan tertuduh mengetahui kewujudan dadah tersebut. Oleh itu, pihak pendakwaan berjaya membuktikan dadah berkenaan berada dalam kawalan tertuduh.
Justeru, hujahan peguam bela bahawa anak guamnya tidak mempunyai pengetahuan, kawalan dan jagaan dadah berkenaan tidak mempunyai merit," katanya dan menambah keterangan saksi-saksi pendakwaan tidak bercanggah dan boleh dipercayai.
Hakim itu turut memaklumkan kepada tertuduh bahawa bagi tujuan membela diri, dia mempunyai tiga pilihan iaitu sama ada memilih untuk berdiam diri; atau sama ada ingin memberi keterangan di dalam kandang tertuduh yang keterangan secara tidak bersumpah; atau memberi keterangan bersumpah di kandang saksi yang boleh disoal balas.
Ismahalil kemudian memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.
Selepas mahkamah memberikan keputusan, tertuduh dilihat menangis teresak-esak sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya yang berada di galeri awam.
Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, yang mewakili Ismahalil memberitahu mahkamah, pihaknya akan memanggil seramai lima saksi pembelaan termasuk tertuduh untuk prosiding membela diri yang ditetapkan oleh mahkamah pada 30 dan 31 Mei depan.
Seramai lima saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Oktober 2022.
Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ahmad Zaharil turut dibantu peguam Adi Zulkarnain Zulkafli.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismahalil di akhir kes pendakwaan.- Fail/Sinar Harian

13 warga Nepal diberkas cuba cetus rusuhan selepas rakan maut kes langgar lari
Seramai 1,000 pekerja sebuah kilang turun ke tempat kejadian dan berkumpul di jalan raya sehingga menghalang lalu lintas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas
Sultan Pahang ajak syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup
Papar harga ubat boleh beri akses maklumat kepada pengguna
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas
Sultan Pahang ajak syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup
Papar harga ubat boleh beri akses maklumat kepada pengguna

Nasi kerabu lemak daging bakar, tarikan baharu penggemar makanan tradisional Kelantan
Kini gabungan unik nasi kerabu bersama lemak daging bakar kian mencuri perhatian penggemar makanan tradisional di Kelantan.

Kerajaan China tegaskan komitmen terhadap penyatuan semula dengan Taiwan
Zhao berkata dasar China terhadap Taiwan adalah penting dalam mengekang pemisahan, menangani campur tangan luar, mempertahankan kedaulatan serta integriti wilayah negara.
AWANI Pagi: Tinggalkan kerja gaji lumayan untuk jaga ibu sakit
AWANI Pagi bertemu dengan seorang pemuda bernama Alif Rosehaizad yang sebelum ini mempunyai pekerjaan bergaji besar, namun meninggal semua impiannya seketika demi menjaga ibunya yang kini terlantar sakit di rumah. Ikuti kisah pengorbanan pemuda yang berhati mulia ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

3 rumah terbakar awal pagi, warga emas rentung
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Md Aris Samar, 84, ditemukan rentung di tingkat atas salah sebuah rumah terbabit.

Gencatan senjata Ukraine: Rundingan wakil Amerika dengan Putin baik, produktif - Trump
Rundingan yang sangat baik itu, kata Presiden AS, memberi "peluang untuk perang yang dahsyat dan berdarah berakhir."

Peguam dakwa Duterte ‘diculik’ dan terlalu uzur untuk beri keterangan di ICC
Doktor mahkamah pula sahkan Duterte "sepenuhnya waras secara mental dan layak" untuk meneruskan perbicaraan.

Menteri agama santuni komuniti Ar-Riqab, martabat kebajikan dan ukhuwah Islamiah
Program itu bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf serta mereka yang memerlukan.

AirAsia komited perkasa lebih banyak kerjasama dalam arena sukan negara
Syarikat penerbangan tambah murah itu akan cuba menyokong bakat tempatan dalam e-Sukan, UFC yang sudah berada dalam perancangan .

Along Cham fail penceraian lafaz taklik
Pelawak Along Cham memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya, hari ini.

Kes dadah: 'Dah terlalu penat' - Isteri Along Cham anggap ujian terbesar
Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menganggap apa yang berlaku kepada suaminya kini merupakan satu ujian sangat besar daripada Allah.

Kes dadah: 'Tolonglah! Saya merayu, saya ada anak' - Along Cham
Along Cham yang berhadapan pertuduhan memiliki dadah merayu supaya dibenarkan diikat jamin kerana mempunyai anak.

Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.

Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.

Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.

Kes dadah Yusoff Rawther dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret memerintahkan kes bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther yang dituduh mengedar dadah jenis kanabis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Polis Thailand nafi 6 rakyat Malaysia termasuk artis Kelantan ditahan dirancang awal
Serbuan dan tangkapan yang dibuat berdasarkan siasatan dan maklumat risikan yang dijalankan dalam tempoh tertentu.

AGC bantah saman pemula Yusoff Rawther berhubung jaminan kes dadah
Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah saman pemula difailkan Muhammed Yusoff Rawther terhadap kerajaan Malaysia berhubung jaminan bagi pertuduhan kes mengedar dadah dihadapinya.

Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang
Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Okt lepas.