Seorang lelaki telah ditahan susulan penemuan cebisan halaman al-Quran di dalam tong pembakaran ibadat orang bukan Islam di Pasar Besar Alor Setar, semalam.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Lelaki yang belum diketahui maklumat dirinya itu ditahan lewat petang semalam di sebuah pasar raya di Mergong, Alor Setar.
Bagaimanapun, menurut Zakaria, lelaki berkenaan sedang dirujuk dan dipantau di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan kesihatan kerana dipercayai kurang siuman.
Setakat ini, pihak polis masih meneruskan siasatan dan menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti motif kejadian.
Beliau berkata, sehingga kini belum ada tangkapan terbaharu dibuat dan menyeru orang ramai yang melihat kejadian agar tampil bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298a(1)(b) kanun keseksaan kerana mengundang ancaman kepada agama dan perkauman di mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Hal Ehwal masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid yang ditemui di sini berkata, beliau masih menunggu laporan berhubung kejadian itu dari Jabatan Agama Islam untuk tindakan lanjut.
Setakat ini, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan kerana mempunyai kepakaran khusus bagi mengesan suspek dan punca kejadian.
Beliau bersyukur kerana penahanan suspek itu sedikit sebanyak meredakan kemarahan orang Islam di negeri ini.
Usaha kami untuk menghubungi Pengarah JAIK, Datuk Mohd Noh masih gagal sejak semalam bagi menjelaskan kejadian ini dengan lebih lanjut.
Astro Awani
Fri Nov 21 2014
![Kes bakar al-Quran: Suspek, dipercayai kurang siuman, ditahan polis Kes bakar al-Quran: Suspek, dipercayai kurang siuman, ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41412947451_295x200.jpg)
Bagaimanapun lelaki berkenaan sedang dirujuk dan dipantau di hospital untuk pemeriksaan kesihatan kerana dipercayai kurang siuman. -Gambar fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720993888_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution
Pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.
!['Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam 'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717863228_TBALQURAN.jpg)
'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam
Naskhah yang diproses secara deinking dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan.
![Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712554655_TBneelofajpg.jpg)
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
![Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698396834_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
![Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711966066_TBMasjidilHaram.jpg)
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
![Al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun pertama dilancarkan di Sabah Al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun pertama dilancarkan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711882679_TerjemahanAlQuran.jpg)
Al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun pertama dilancarkan di Sabah
Terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Dusun itu telah dicetak sebanyak 10,000 naskah dan diedarkan secara percuma.
![Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711597226_AnwarIbrahim.jpg)
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
![TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711580460_AhmadZahidHamidi.jpg)
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
![Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710204941_MasjidTuankuMizan.jpg)
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
!['Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar 'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705383731_TBAnwarIbrahim.jpg)
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.