Kerajaan diminta mengambil tindakan lebih tegas dalam memastikan pemerkasaan agenda nasional dapat digerakkan bagi menjamin perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini dapat dieratkan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya mendapati kerajaan ketika ini lebih bersifat defensif sehingga menolak ke tepi dasar agenda nasional sebaliknya meletakkan agenda politik di hadapan.
Katanya Perkasa juga berharap kerajaan dapat memastikan matlamat agenda nasional dapat dicapai dalam menjamin kestabilan dan keamanan negara.
"Apa yang berlaku sekarang ini adalah rakyat berpecah dan matlamat agenda nasional untuk melihat penyatuan rakyat berbilang kaum masih jauh.
"Mengapa setelah 50 tahun kita merdeka masih ada lagi rakyat tidak boleh berbahasa Kebangsaan. Apa punca semua ini terjadi dan kerajaan perlu mencari penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PERKASA Peringkat Parlimen Bayan Baru, di sini malam Sabtu.
Ibrahim berkata kewujudan sekolah berbagai aliran, siaran televisyen dan radio dalam bahasa tertentu perlu dikaji semula dan ditambah baik supaya selari dengan agenda nasional yang digariskan.
Katanya Perkasa juga bimbang dengan kewujudan sistem pelbagai bahasa di negara ini yang dikhuatiri mampu memberikan kesan buruk kepada negara khususnya kebersamaan dan kesatuan rakyat.
"Kita bukan rasis apabila menyentuh isu sekolah pelbagai aliran dan siaran radio dengan pelbagai bahasa tetapi disebabkan perkara ini telah melahirkan rakyat yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan.
"Sudah sampai masanya kerajaan bertegas dengan menekankan semula penggunaan bahasa kebangsaan di negara ini supaya tiada lagi rakyat tidak mampu menggunakan bahasa negara sendiri," katanya.
Sementara itu, Ibrahim menyelar tindakan pihak tertentu yang sering melabelkan Perkasa dan perjuangan mempertahankan hak Bumiputera di negara ini sebagai rasis.
"Perjuangan Perkasa jelas adalah mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang terkandung dalam Perlembagaan dan tidak timbul isu rasis di sini.
"Mengapa kita pertahan hak kita dilabel rasis sedangkan kaum lain yang bangkit pertahan hak mereka tidak (dilabel rasis). Perkara ini tidak betul dan sekiranya tidak diambil serius oleh kerajaan, kita risau ia akan memberi kesan kepada kestabilan dalam negara khususnya melibatkan hubungan antara kaum," katanya.
Bernama
Sat Oct 25 2014
IBRAHIM: Kerajaan ketika ini lebih bersifat defensif sehingga menolak ke tepi dasar agenda nasional sebaliknya meletakkan agenda politik di hadapan. - Gambar Fail
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.