Data daripada AirVisual, penyedia bebas angka pencemaran udara global, menunjukkan kepekatan PM2.5 di udara kini "13.2 kali" lebih tinggi berbanding nilai panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
PM2.5 mengukur tahap zarah kecil berbahaya di udara.
Memandangkan kualiti udara berada pada tahap "tidak sihat," indeks kualiti udara (AQI) bertukar menjadi warna coklat dengan bacaan setinggi 309 di beberapa lokasi.
AQI mempunyai julat antara sifar hingga 500 - dengan angka yang lebih tinggi menunjukkan tahap pencemaran dan kesan kesihatan yang lebih serius.
AirVisual menasihatkan penduduk di Hanoi supaya mengelakkan senaman di luar rumah, menutup tingkap bagi menghalang udara luar yang tercemar, serta memakai pelitup muka apabila berada di luar.
-- BERNAMA